awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM halang transaksi RM486 juta dikaitkan dana 1MDB

Sinar Harian
Sinar Harian
10/10/2025
07:35 MYT
SPRM halang transaksi RM486 juta dikaitkan dana 1MDB
SPRM menegaskan, tindakan itu membuktikan komitmen berterusan agensi berkenaan dalam memastikan hasil daripada aktiviti haram tidak digunakan atau dipindahkan kepada mana-mana pihak.
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya memperoleh perintah mahkamah bagi menghalang transaksi wang berjumlah lebih AS$115 juta (kira-kira RM486.4 juta) disimpan dalam tiga akaun bank di Switzerland atas nama Putera Turki Abdullah Abdulaziz Al-Saud yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
SPRM dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, perintah menghalang itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah 1 Kuala Lumpur, Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor pada Khamis di bawah Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
"Permohonan itu difailkan pada 7 Oktober selepas menerima maklumat bahawa sejumlah besar wang berkenaan dipercayai hasil daripada penyelewengan dana 1MDB yang disalurkan melalui akaun-akaun luar negara.
"Maklumat diterima pada 2011 mendapati Putera Turki Abdullah Abdulaziz Al-Saud telah menerima, memindah dan menggunakan hasil daripada penyelewengan dana 1MDB melalui akaun-akaun perbankan miliknya,” katanya.
Melalui perintah berkenaan, SPRM berjaya menghalang transaksi melibatkan AS$87,148,732.89 dan AS$12,777,759.74 dalam dua akaun di J P Morgan, serta AS$15,394,169 dalam akaun di UBS Switzerland.
SPRM menegaskan, tindakan itu membuktikan komitmen berterusan agensi berkenaan dalam memastikan hasil daripada aktiviti haram tidak digunakan atau dipindahkan kepada mana-mana pihak. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPRM
#1MDB
#Putera Turki Abdullah Abdulaziz Al-Saud
#akaun bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan