awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
BN tidak ambil mudah saingan PRK Kinabatangan, Lamag - Ahmad Maslan
Haba lautan dunia cecah rekod tertinggi pada 2025 - Analisis saintis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM Kedah reman penolong pegawai tadbir terlibat rasuah RM5,000

Bernama
Bernama
08/01/2024
11:06 MYT
SPRM Kedah reman penolong pegawai tadbir terlibat rasuah RM5,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah telah menahan reman seorang penolong pegawai tadbir yang disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai RM5,000 dua tahun lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah telah menahan reman seorang penolong pegawai tadbir yang disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai RM5,000 dua tahun lepas.
Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 5.20 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini.
Perintah tahanan reman selama enam hari hingga 13 Jan depan terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif selepas membenarkan permohonan SPRM hari ini.
"Berdasarkan siasatan, suspek dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah bernilai RM5,000 daripada sebuah syarikat pada 2022.
"Wang itu sebagai balasan bagi membatalkan kompaun yang telah dikeluarkan oleh sebuah agensi penguatkuasa terhadap syarikat berkenaan atas kesalahan ketiadaan Perakuan Pematuhan Standard (PPS) untuk bahan binaan," katanya.
Pengarah SPRM Kedah Soock Wee Ei Tem ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM Kedah
#reman
#penolong pegawai tadbir
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan