awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Monyet gunung agresif, berbahaya kepada pengunjung di Taman Rekreasi Gunung Lang
Neymar mulakan pemulihan, sasar tempat dalam skuad Piala Dunia 2026
Trump gesa pelaburan minyak AS$100 bilion di Venezuela, Exxon ragui kebolehlaburan negara itu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN tidak ambil mudah saingan PRK Kinabatangan, Lamag - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
09/01/2026
12:30 MYT
BN tidak ambil mudah saingan PRK Kinabatangan, Lamag - Ahmad Maslan
Ahmad ketika hadir lawatan ke Tapak Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B: WP26 - Menaik Taraf Jalan Dari Sukau ke Kampung Lot M hari ini. - Gambar Bernama
KINABATANGAN: Barisan Nasional (BN) tidak mengambil mudah saingan yang bakal dihadapi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Ringkasan AI
  • Barisan Nasional (BN) tidak mengambil mudah saingan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag walaupun yakin dengan kelebihan yang dimiliki.
  • BN meraih undi simpati atas pemergian bekas Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, tetapi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menekankan pentingnya untuk memberi peluang kepada calon muda untuk mengekalkan kemenangan BN.
  • Calon BN bagi kedua-dua kerusi, Mohd Naim Kurniawan dan Mohd Ismail Ayob, akan berdepan dengan calon Parti Warisan, Datuk Saddi Abdul Rahman dan Mazliwati Abdul Malek, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh-tarikh penting bagi PRK tersebut.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata ia susulan terdapat calon dikenali yang diketengahkan parti lain pada kedua-dua PRK berkenaan, walaupun yakin BN mempunyai kelebihan.
"BN mungkin mempunyai kelebihan dalam memperoleh undi simpati atas pemergian bekas Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, namun jangan terlalu yakin. Kami bukan ingin meraih undi simpati atas kematian... tetapi saya kira, tidak ada gunanya kita tukar kepada parti lain kerana sebelum ini parti yang menang di kedua-dua kerusi adalah BN.
"Berilah peluang kepada dua calon anak muda untuk mengekalkan kemenangan BN," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja di Pakej Kerja 25 Projek Lebuhraya Pan Borneo di sini hari ini.
PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya Bung Moktar, 66, pada 5 Dis lepas.
Anak kepada Allahyarham Bung Moktar, Mohd Naim Kurniawan yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan telah dinamakan sebagai calon mewakili BN bagi kerusi Parlimen Kinabatangan manakala bekas calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang lepas, Mohd Ismail Ayob atau dikenali Miha dipertaruhkan di DUN Lamag.
Parti Warisan pula menamakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kinabatangan manakala Ahli Majlis Tertinggi parti itu Mazliwati Abdul Malek dinamakan sebagai calon bagi DUN Lamag.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi kedua-dua PRK berkenaan, 24 Jan sebagai hari pengundian manakala pengundian awal ditetapkan pada 20 Jan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Pemuda UMNO
#Lebuhraya Pan Borneo
#PRK DUN Lamag
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan