awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM, kerajaan bantah permohonan MUDA rujuk siasatan Hakim Nazlan ke Mahkamah Persekutuan

Bernama
Bernama
22/11/2023
10:57 MYT
SPRM, kerajaan bantah permohonan MUDA rujuk siasatan Hakim Nazlan ke Mahkamah Persekutuan
Pada 25 April, MUDA memfailkan permohonan untuk merujuk isu perlembagaan bagi menentukan sama ada SPRM mempunyai kuasa untuk menyiasat hakim mahkamah atasan yang sedang berkhidmat. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan membantah permohonan MUDA untuk merujuk isu perlembagaan berhubung siasatan terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali ke Mahkamah Persekutuan kerana perkara itu telah bersifat akademik, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly, yang mewakili SPRM dan kerajaan sebagai defendan berkata persoalan yang dicadangkan oleh MUDA bukan lagi satu isu kerana telah pun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan rayuan lain.
Dalam hujahnya, Ahmad Hanir berkata keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Najib telah diterima dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sesi soal jawab di Dewan Negara pada 19 Jun 2023 telah menjelaskannya.
"Datuk Seri Anwar memberitahu Dewan Negara bahawa penemuan SPRM tidak menunjukkan bahawa kesalahan jenayah telah dilakukan. Jabatan Peguam Negara bersetuju dengan kesimpulan itu. Oleh itu, defendan dengan rendah hati memohon agar permohonan MUDA ditolak dengan kos," katanya kepada hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.
Peguam Lim Wei Jiet yang mewakili MUDA berhujah bahawa SPRM tidak mempunyai bidang kuasa, apa lagi kepakaran untuk menyiasat atau membuat penemuan mengenai pelanggaran Kod Etika Hakim 2009 atau konflik kepentingan di pihak hakim mahkamah atasan.
"Sebarang aduan pelanggaran Kod Etika Hakim 2009 hendaklah diarahkan kepada dan diuruskan oleh Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara menurut Perkara 125(3) dan (3A) Perlembagaan Persekutuan, atau Jawatankuasa Etika Hakim di bawah Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010.
"Oleh itu, perkara ini mesti dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk ditentukan," katanya.
Mahkamah menetapkan 17 Jan depan untuk memutuskan permohonan MUDA itu.
Pada 25 April, MUDA memfailkan permohonan untuk merujuk isu perlembagaan bagi menentukan sama ada SPRM mempunyai kuasa untuk menyiasat hakim mahkamah atasan yang sedang berkhidmat kerana melanggar Kod Etika Hakim 2009 dan mendengar kes walaupun terdapat konflik kepentingan.
MUDA memfailkan saman pemula pada 12 April, memohon perisytiharan bahawa SPRM tidak mempunyai kuasa atau bidang kuasa untuk menyiasat dapatan atau pandangan bahawa hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang sedang berkhidmat telah melanggar Kod Etika Hakim 2009 dan mempunyai konflik kepentingan semasa mendengar kes tertentu.
MUDA juga memohon pengisytiharan bahawa penemuan atau pandangan SPRM bahawa Hakim Mohd Nazlan telah melanggar Kod Etika atau mempunyai konflik kepentingan semasa mendengar kes SRC International Sdn Bhd, adalah menyalahi undang-undang dan tidak berperlembagaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#muda
#Hakim Nazlan
#SPRM
#Mahkamah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan