awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup

Sinar Harian
Sinar Harian
09/12/2024
11:49 MYT
SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
Azam berkata, perkara ini timbul berikutan satu laporan portal mendakwa seorang pegawainya memaklumkan bahawa siasatan berkaitan HRD Corp ini telah ditutup. - Gambar fail
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, perkara ini timbul berikutan satu laporan portal mendakwa seorang pegawainya memaklumkan bahawa siasatan berkaitan HRD Corp ini telah ditutup.
"Saya tidak pasti dari sudut mana pegawai itu merujuk kepada isu ini, tetapi secara amnya kami telah membuka beberapa fail siasatan terhadap HRD Corp.
"Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk memaklumkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa kemungkinan pegawai terbabit merujuk kepada salah satu fail (sahaja)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika perasmian penutup Hari Antirasuah Antarabangsa di Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Kelana Jaya pada Isnin.
Menurutnya, siasatan terhadap kes ini masih berjalan dan melibatkan pelbagai aspek, termasuk perolehan serta pelaburan.
"Kesemua siasatan ini masih di bawah penyiasat dan keputusan akhirnya akan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya.
"Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mungkin hanya menumpukan kepada satu aspek, namun siasatan SPRM merangkumi pelbagai sudut yang lebih luas," katanya.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan bahawa SPRM tidak menemui sebarang salah laku dalam HRD Corp dan tiada kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.
Julai lalu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan Program Latihan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan yang bukan merupakan matlamat penubuhan agensi itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPRM
#HRD Corp
#PAC
#NFA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan