awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM reman COO, perunding warga UK bersubahat buat tuntutan palsu projek RM389 juta

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
11/01/2023
03:42 MYT
SPRM reman COO, perunding warga UK bersubahat buat tuntutan palsu projek RM389 juta
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 3 petang Selasa ketika hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, untuk memberi keterangan. - Gambar SPRM
PUTRAJAYA: Seorang Ketua Pegawai Operasi (COO) dan rakan 'sekutunya' seorang perunding syarikat pembinaan warga United Kingdom (UK) ditahan reman enam hari kerana dipercayai membuat tuntutan palsu berkaitan sebuah projek bangunan 41 tingkat di ibu negara yang bernilai RM389 juta.
Perintah reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Putrajaya pada Rabu.
Menurut sumber, kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira pukul 3 petang Selasa ketika hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini untuk memberi keterangan.
Berdasarkan siasatan, sumber memberitahu, kedua-dua suspek dipercayai bersubahat membantu syarikat pembinaan tersebut mengemukakan sejumlah tuntutan palsu kepada sebuah syarikat pelaburan.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#tuntutan palsu
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#Ketua Pegawai Operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan