awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM reman seorang pengarah IPTA disyaki salah guna kuasa

Bernama
Bernama
06/01/2026
09:45 MYT
SPRM reman seorang pengarah IPTA disyaki salah guna kuasa
Suspek berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sungai Petani. - Gambar hiasan
SUNGAI PETANI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman pengarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri itu kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dengan melantik syarikat milik anaknya bagi kerja pembekalan kain batik bernilai kira-kira RM16,000.
Sumber memaklumkan perintah reman sehingga 10 Jan terhadap wanita itu dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Sungai Petani, pagi tadi.
Suspek berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sungai Petani.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu atas kapasiti sebagai pengerusi koperasi di IPTA itu pada Ogos 2024 apabila pembekalan kain batik dibuat bagi tujuan pembuatan baju batik tenaga pengajar dan petugas institusi terbabit," menurut sumber.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#SPRM
#pengarah IPTA
#Kedah
#lantik syarikat anak
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan