awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM siasat dakwaan menteri mengenai budaya rasuah di KLIA

Astro Awani
Astro Awani
01/07/2023
05:18 MYT
SPRM siasat dakwaan menteri mengenai budaya rasuah di KLIA
Azam memberi jaminan dakwaan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, itu akan disiasat dengan sewajarnya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan budaya rasuah membabitkan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, memberi jaminan dakwaan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, itu akan disiasat dengan sewajarnya.
"SPRM akan mendapatkan maklumat daripada semua pihak dan menyiasat perkara itu sewajarnya.
"Oleh itu, kami menggesa orang ramai agar tidak mensensasikan atau membuat spekulasi mengenai perkara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Akui terlibat, menteri dakwa telah bongkar budaya rasuah
BACA: Tular menteri didakwa buat kecoh di KLIA
BACA: King Sing akui terlibat kekecohan, dakwa dedah budaya rasuah di KLIA
Pada Jumaat, King Sing mengakui beliau merupakan individu yang dilaporkan terbabit dalam kekecohan di ruang ketibaan antarabangsa KLIA.
Bagaimanapun, King Sing menafikan tuduhan bahawa kekecohan itu timbul kerana beliau menuntut Jabatan Imigresen membebaskan pelawat dari China.
"Saya bersyukur, kerana kehadiran saya di KLIA telah membongkar satu peristiwa yang memalukan negara apabila wujudnya budaya rasuah yang dilakukan oleh segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara," dakwanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, King Sing turut menggesa SPRM melakukan operasi besar-besaran di KLIA bagi meneliti realiti sebenar di pintu masuk utama negara.
“Saya turut diberitahu bahawa ada pegawai imigresen yang meminta wang diberikan sekiranya pelancong asing yang ditahan mahu dilepaskan.
"Ada yang minta sehingga RM3,000 untuk dikeluarkan dari tahanan termasuk tiket penerbangan pulang ke negara asal.
“Tambahan RM3,000 pula diminta jika mahu pulang ke negara asal dengan kadar segera menerusi ‘laluan khas’, manakala RM12,000 untuk kos memproses visa.
“Semua maklumat ini akan diserahkan kepada SPRM supaya siasatan dapat dijalankan seterusnya dapat memulihkan imej Malaysia terutamanya di pintu masuk negara,” dakwanya.
Topic Berkaitan
#menteri buat kecoh
#KLIA
#SPRM siasat budaya rasuah
#Pelancong China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan