awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM sita 8 kenderaan mewah sindiket penyeludupan arak, rokok

Sinar Harian
Sinar Harian
17/03/2024
07:20 MYT
SPRM sita 8 kenderaan mewah sindiket penyeludupan arak, rokok
Kenderaan-kenderaan itu yang antara lain terdiri daripada Lamborghini, Lexus, Mercedes dan BMW, disita dalam operasi khas sekitar Lembah Klang, pada Isnin lalu.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita lapan kenderaan mewah dianggarkan bernilai hampir RM6 juta milik suspek yang dipercayai terbabit sindiket penyeludupan tembakau, arak dan rokok.
Menurut sumber, kenderaan-kenderaan itu yang antara lain terdiri daripada Lamborghini, Lexus, Mercedes dan BMW, disita dalam operasi khas sekitar Lembah Klang, pada Isnin lalu.
Katanya, operasi berkenaan dijalankan oleh pasukan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM).
"Kenderaan-kenderaan ini disita daripada beberapa individu yang berjawatan sebagai pemilik syarikat serta orang tengah yang membuat bayaran wang sogokan kepada pegawai-pegawai di sebuah agensi penguat kuasa," katanya.
Selain itu, sindiket ini juga dikesan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dengan 'mencuci duit' menggunakan akaun perniagaan ‘syarikat hantu’, melalui pengurup wang dan syarikat pinjaman wang berlesen.
Kegiatan penyeludupan sindiket ini dipercayai telah menyebabkan ketirisan hasil cukai yang dianggarkan lebih daripada RM400 juta dan telah memberi wang rasuah lebih RM8 juta kepada beberapa individu termasuk penjawat awam bagi melancarkan kegiatan mereka.
Sindiket ini dipercayai telah menggunakan modus operandi dengan menggunakan akaun keldai bagi melakukan transaksi pembayaran wang rasuah kepada penjawat awam yang bersekongkol dengan mereka.
Sementara itu, Pengarah AML SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan sitaan terhadap lapan kenderaan mewah berkenaan dan individu-individu yang ditahan telah disiasat di bawah Seksyen 17(a) dan Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#sindiket penyeludupan
#SPRM
#kereta mewah
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan