awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan dua pegawai MAHB bantu siasatan kes rasuah, salah guna kuasa

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2018
00:57 MYT
SPRM tahan dua pegawai MAHB bantu siasatan kes rasuah, salah guna kuasa
Kedua-dua suspek masing-masing akan direman di Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah George Town pagi ini. - Gambar hiasan
Dua individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin kerana disyaki meminta dan menerima suapan secara bulanan antara RM500 sehingga RM10,000.
Ia dipercayai sebagai dorongan untuk menyokong, meluluskan dan memperbaharui permohonan sewaan tapak perniagaan di lapangan terbang.
Menurut sumber, kedua-dua individu yang merupakan pengurus dan pegawai eksekutif di Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) ditahan secara berasingan.
Katanya, pengurus yang berusia 50 tahun itu ditahan pada pukul 1.15 tengah hari di Pejabat SPRM Selangor.
Dia dipercayai meminta dan menerima suapan secara bulanan antara RM500 hingga RM10,000 daripada sebuah syarikat barangan kemas pada tahun 2006 hingga 2014 sebagai dorongan untuk meluluskan dan memperbaharui permohonan sewaan tapak perniagaan di lapangan terbang di seluruh negara.
Selain itu, jelasnya, berdasarkan siasatan awal, duit sewaan tapak yang dibayar secara bulanan oleh syarikat barangan kemas tersebut dipercayai tidak dimasukkan ke akaun MAHB sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dengan jumlah nilai anggaran sebanyak RM80,000.
Kata sumber lagi, suspek turut dipercayai meminta dan menerima suapan daripada beberapa buah syarikat lain untuk tujuan sama.
Pengurus syarikat-syarikat terbabit akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan, tambahnya.
Sementara itu, pegawai eksekutif yang berusia 59 tahun berkenaan ditahan di Pejabat Pengurusan MAHB Pulau Pinang pada pukul 2.20 petang.
Dia dipercayai menerima suapan antara RM500 hingga RM2,000 antara tahun 2011 dan 2014 sebagai balasan untuk menyokong atau mencadangkan sewaan tapak perniagaan syarikat barangan kemas terbabit di kawasan ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Sehubungan itu, kedua-dua suspek tersebut masing-masing akan direman di Mahkamah Shah Alam dan Mahkamah George Town pagi ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan namun enggan mengulas lanjut berhubung kes berkenaan.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#barang kemas
#lapangan terbang
#MAHB
#mahkamah
#Rasuah
#reman
#sewaan
#siasatan
#SPRM
#suspek
#syarikat
#tangkapan
#tapak perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan