awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan guru besar salah guna wang sumbangan zakat

Bernama
Bernama
20/05/2021
14:26 MYT
SPRM tahan guru besar salah guna wang sumbangan zakat
Lelaki yang berusia sekitar 50-an itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Klang kira-kira pukul 4.00 petang. - Gambar hiasan/ Bernama
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor menahan seorang guru besar sekolah kebangsaan kerana disyaki menggunakan kedudukannya untuk kepentingan sendiri, membabitkan salah guna wang sumbangan zakat.
Sumber SPRM memberitahu lelaki yang berusia sekitar 50an itu ditahan di pejabat SPRM Cawangan Klang kira-kira pukul 4.00 petang.
Penjawat awam berkenaan ketika bertugas di sebuah sekolah di Selangor dikatakan telah menggunakan kedudukannya dengan mempengaruhi pihak pengurusan Badan Kebajikan Guru-Pekerja (BKGP) sekolah berkenaan bagi mengeluarkan wang sumbangan zakat dari sebuah bank berjumlah kira-kira RM70,000 untuk bantuan anak-anak asnaf.
Bagaimanapun menurut sumber wang sumbangan zakat itu telah digunakan bagi kegunaan diri sendiri.
Sumber itu berkata lelaki yang kini bertugas di sebuah sekolah lain di Selangor itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada pukul 9.00 pagi esok untuk permohonan reman.
Pengarah SPRM Negeri Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Guru Besar
#salah guna
#wang zakat
#kegunaan sendiri
#asnaf
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan