awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DBKL laksana Projek Mitigasi Banjir Kilat Jangka Sederhana sekitar Padang Merbok
Dua daripada lima pekerja muda UK ambil cuti akibat lesu upaya
Indonesia perketat pemeriksaan haiwan bagi cegah kemasukan virus PPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan lima anggota polis disyaki minta, terima rasuah

Bernama
Bernama
01/09/2025
15:03 MYT
SPRM tahan lima anggota polis disyaki minta, terima rasuah
Menurut sumber, kelima-lima suspek lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu ditahan antara 2 hingga 5 petang tadi di pejabat SPRM Pulau Pinang ketika hadir memberi keterangan. - Foto hiasan/BERNAMA
GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan lima anggota polis termasuk seorang pegawai kanan disyaki meminta dan menerima rasuah hampir RM9,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan atas kesalahan memiliki motosikal curi.
Menurut sumber, kelima-lima suspek lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu ditahan antara 2 hingga 5 petang tadi di pejabat SPRM Pulau Pinang di sini ketika hadir memberi keterangan.
"Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu pada Jumaat lepas dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Seberang Perai.
"Seorang daripada suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah secara tunai daripada seorang individu yang juga pemilik bengkel motosikal yang terlibat dalam operasi itu," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata kesemua suspek ditahan 24 jam sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM Pulau Pinang
#tahan anggota polis
#Rasuah
#motosikal curi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan