KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menahan seorang Ketua Polis Daerah (OCPD) di Pahang kerana disyaki menerima suapan dianggarkan lebih RM1 juta sejak 2017 hingga 2022.
SPRM dalam satu kenyataan berkata, penahanan itu dibuat ekoran suspek dipercayai terlibat melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya.
"Pegawai kanan polis berusia 53 tahun itu telah ditahan petang tadi (Selasa) kerana disyaki menerima rasuah dengan anggaran lebih RM1 juta sejak tahun 2017 hingga 2022.
"Bayaran rasuah ini disyaki bagi melindungi pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat urut yang tidak berlesen daripada sebarang tindakan dan gangguan pihak berkuasa," kata kenyataan itu pada Selasa.
Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Amin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan melibatkan OCPD di negeri itu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.
Begitupun, Hairuzam enggan mengulas lanjut berhubung tangkapan terbabit.
Dalam pada itu, Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman turut mengesahkan penahanan seorang Ketua Polis Daerah pada Selasa.
Beliau memaklumkan pihaknya sedia memberi kerjasama dan ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan.
"Polis Pahang memberi jaminan tidak akan berkrompromi dengan kegiatan salah laku, jenayah atau apa-apa perlanggaran undang-undang oleh pegawai dan anggota," katanya menerusi kenyataan ringkas hari ini.
SPRM difahamkan akan membuat permohonan reman terhadap pegawai kanan polis berusia 53 tahun itu esok.
Faida Rahim
Tue Jun 06 2023
Bayaran rasuah ini disyaki bagi melindungi pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat urut yang tidak berlesen daripada sebarang tindakan dan gangguan pihak berkuasa. - Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Dakwaan rasuah OCPD: SPRM tahan tiga lagi polis
Selasa lalu, SPRM menahan seorang ketua polis daerah bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah secara bulanan antara RM20,000 hingga RM50,000.
4 sekeluarga ditahan bersama syabu lebih RM200,000
Polis menyerbu rumah itu pada 5.30 petang dan menahan kesemua mereka berumur 42 hingga 51 tahun.
Ketua Polis Daerah Putrajaya nafi terlibat penganjuran majlis langgar SOP PKP
Katanya dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan majlis itu adalah tidak benar, malah pemilik rumah berkenaan telah dikenakan kompaun.
OCPD Kota Setar naik pangkat ke Jabatan Perdana Menteri
Mohd Rozi, 51, sebelum ini menggalas tugas sebagai ketua polis daerah berkenaan selama empat tahun sejak 2016.