awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan pegawai imigresen bantu siasatan terima rasuah lebih RM500,000

Bernama
Bernama
07/06/2023
12:40 MYT
SPRM tahan pegawai imigresen bantu siasatan terima rasuah lebih RM500,000
Suspek berusia 37 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini petang tadi. - Astro AWANI
KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang pegawai imigresen bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah dianggarkan lebih RM500,000.
SPRM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan suspek berusia 37 tahun itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini petang tadi.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Suspek didakwa menerima rasuah secara bulanan antara RM300 dan RM3,000 sejak 2018 hingga 2022 daripada pemilik pusat hiburan, pusat urut, pemilik kebun dan pemilik kilang kayu dalam daerah tempat dia bertugas.
Suapan itu didakwa bagi melindungi pekerja pemilik perniagaan itu daripada diganggu pihak penguat kuasa atas kesalahan tidak mempunyai permit kerja yang sah.
Pengarah SPRM Pahang Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rasuah
#SPRM
#Pegawai Imigresen
#Akta SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan