awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan pembantu tadbir hospital universiti awam salah guna kedudukan

Bernama
Bernama
15/12/2021
14:17 MYT
SPRM tahan pembantu tadbir hospital universiti awam salah guna kedudukan
Menurut sumber, suspek merupakan wanita berumur 53 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor pada 2.50 petang tadi, selepas hadir memberi keterangan. - Gambar hiasan/BERNAMA
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menahan seorang pembantu tadbir sebuah hospital universiti awam, bagi membantu siasatan berhubung salah guna kedudukan membabitkan pembekalan kelengkapan hospital, dianggarkan bernilai lebih RM300,000.
Menurut sumber, suspek merupakan wanita berumur 53 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor pada 2.50 petang tadi, selepas hadir memberi keterangan.
"Suspek telah menyalahgunakan kedudukannya dengan terlibat dalam keputusan memilih syarikatnya sendiri bagi kerja-kerja pembekalan kelengkapan kakitangan sebuah hospital universiti awam, yang dianggarkan berjumlah lebih RM300,000 dari tahun 2017 sehingga 2020.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
Katanya lagi, suspek tersebut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok bagi pertuduhan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#pembantu tadbir
#hospital universiti awam
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan