awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
Trump aktif bincang pembelian Greenland - White House
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tahan pengarah syarikat, disyaki beri rasuah dapatkan projek

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2024
10:15 MYT
SPRM tahan pengarah syarikat, disyaki beri rasuah dapatkan projek
Suspek bersama dua lagi individu ditahan ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di ibu pejabat SPRM malam tadi.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pemilik syarikat kerana disyaki memberi rasuah sekitar RM4,000 bagi mendapatkan projek di bawah program usahawan.
Perintah reman tiga hari bermula Khamis terhadap suspek dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi Khamis.
Menurut sumber, suspek lelaki bersama dua lagi individu ditahan ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di ibu pejabat SPRM antara jam 8.35 hingga jam 10.30 malam tadi.
"Semalam, SPRM telah menahan suspek bersama dua lagi individu yang berusia sekitar 30 hingga 40-an yang berkhidmat di sebuah badan berkanun.
"Suspek dipercayai telah memberi sejumlah wang dianggarkan RM4,000 kepada dua individu berkenaan bagi mendapatkan beberapa projek di bawah program usahawan sekitar tahun 2020 hingga 2023," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan, Galan Ngadit ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman terhadap suspek dan berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 17(a) ASPRM 2009.
Manakala dua orang suspek lagi dilepaskan dengan jaminan SPRM setelah kenyataan mereka direkodkan
Topic Berkaitan
#SPRM
#pengarah syarikat
#program usahawan
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan