awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
Yayasan PEKEMA sasar 10,000 pelajar terima manfaat sepanjang 2026
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM tidak boleh keluarkan dana sehingga selesai siasatan - Azam Baki

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
01/12/2023
03:10 MYT
SPRM tidak boleh keluarkan dana sehingga selesai siasatan - Azam Baki
Azam Baki berkata, dalam kes ini SPRM masih menyiasat kesahihan transaksi dan tuntutan sebelum ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dana Aman Palestin Berhad yang dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh dikeluarkan sehingga siasatan ke atasnya selesai dilakukan.
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dalam kes ini SPRM masih menyiasat kesahihan transaksi dan tuntutan sebelum ini.
Katanya, SPRM tidak boleh begitu sahaja mengeluarkan dana sehingga semua siasatan selesai dan kesahihan diperolehi berhubung tanggungjawab kepenggunaan derma awam yang berjumlah berjuta-juta ringgit.
“Sebagai badan penguatkuasaan antirasuah utama, SPRM memandang serius kes ini kerana ia adalah kepentingan awam, dan berkemungkinan akan menjadi contoh bagaimana derma awam boleh dan tidak boleh digunakan,” tegasnya.
Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menggesa SPRM untuk membenarkan Aman Palestin Berhad menggunakan RM10 juta daripada akaun yang dibekukan untuk membantu penduduk di Gaza.
Beliau menzahirkan kebimbangan mengenai penderitaan penduduk akan bertambah menjelang musim sejuk, selepas berdepan serangan dan kekejaman Israel.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#Dana Aman Palestin
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan