BANGKOK: Kesemua 10 rakyat Malaysia, termasuk seorang anak kapal dari penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ321, berada dalam keadaan stabil, kata Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel.
Jojie berkata beliau telah bertemu enam daripada mereka di Hospital Samitivej Srinakarin, yang kesemuanya sedar dan beberapa daripada mereka mampu berjalan.
"Kebanyakan daripada mereka mengalami kecederaan tulang belakang dan telah menjalani imbasan MRI dan CT...tetapi saya tidak dapat bertemu dengan anak kapal yang perlu menjalani pembedahan hari ini kerana kecederaan tulang belakang.
"Kami dimaklumkan bahawa dia (anak kapal) dalam keadaan stabil walaupun perlu menjalani pembedahan," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa Malaysia di Hospital Samitivej Srinakarin di sini hari ini.
Jojie berkata Kedutaan Malaysia kini sedang membantu keluarga anak kapal untuk melawat mangsa petang ini.
"Kami menyediakan bantuan kepada mangsa Malaysia serta keluarga mereka untuk datang melawat mereka. Kami juga diberi jaminan oleh SIA dan pihak hospital bahawa mereka akan menjaga semua mangsa," katanya.
Beliau menambah bahawa Kedutaan Malaysia akan terus berkomunikasi dengan Kedutaan Singapura dan SIA untuk memastikan semua pesakit dijaga dengan baik.
Bagi tiga lagi rakyat Malaysia yang kini dimasukkan ke Hospital Samitivej Sukhumvit, Jojie berkata beliau dimaklumkan bahawa mereka boleh keluar hospital tidak lama lagi.
"Kami diberitahu bahawa mereka tidak berada dalam keadaan kritikal dan mereka akan dibenarkan keluar bila-bila masa," katanya.
Bagaimanapun, Jojie berkata ia akan mengambil masa untuk semua pesakit pulih sepenuhnya dan beberapa mangsa mungkin memerlukan penjagaan lanjut selepas pulih.
"Dalam situasi seperti ini, saya fikir tempoh pemulihan bergantung kepada setiap individu. Kami berdoa agar kesemua mereka dapat pulih secara fizikal dan emosi dengan segera, tetapi ia memakan masa," katanya.
Enam belas rakyat Malaysia adalah antara 211 penumpang dalam penerbangan SIA SQ321.
Penerbangan dengan 18 anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari London ke Singapura apabila ia menghadapi gelora udara yang ekstrem secara tiba-tiba di atas Lembangan Irrawaddy pada ketinggian 37,000 kaki, kira-kira 10 jam selepas berlepas.
Juruterbang mengisytiharkan kecemasan perubatan dan mengalihkan pesawat Boeing 777-300ER ke Bangkok, mendarat pada 3.45 petang waktu tempatan, Selasa.
Insiden itu menyebabkan seorang maut dan beberapa orang cedera.
Pengarah Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Kittipong Kittikachorn berkata pada Rabu bahawa insiden itu telah menyebabkan seorang lelaki British berusia 73 tahun meninggal dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
![SQ321: Semua warga Malaysia termasuk anak kapal dalam keadaan stabil SQ321: Semua warga Malaysia termasuk anak kapal dalam keadaan stabil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666258090_JojieSamuel.jpg)
Jojie berkata beliau telah bertemu enam daripada mereka di Hospital Samitivej Srinakarin, yang kesemuanya sedar dan beberapa daripada mereka mampu berjalan. - Gambar fail/BERNAMA
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
MCPF tidak setuju SUHAKAM bantah hukuman mati penuntut UPNM
Hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain adalah setimpal.
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpandangan hukuman yang dikenakan tujuh tahun lalu sebagai tepat, selain tidak bersetuju dengan bantahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Johor hasrat lancarkan sekolah rintis mulai tahun depan
Kerajaan negeri Johor berhasrat melancarkan sekolah rintis negeri itu bermula tahun depan bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.
AWANI Ringkas: Sekolah rintis tumpu STEM tahun depan di Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722052200_tbucapantakziah.jpg)
Ahmad Zahid ucap takziah atas pemergian Siti Zaharah Sulaiman
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merakam ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Wanita UMNO Tan Sri Siti Zaharah Sulaiman yang meninggal dunia malam tadi.
![Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722051144_ArifAiman.jpg)
Ketiadaan tiga tonggak utama punca TFC kalah - Steinbruckner
Steinbruckner berkata ketiadaan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid serta Safwan Mazlan merencatkan perancangan skuad penyu.
![Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722049078_tbParisOlympic.jpg)
Atlet luncur air raikan pembukaan Sukan Olimpik Paris di Tahiti
Turut dipamerkan adalah perayaan tradisional Tahiti Rahiri, mewakili permainan adil dan saling menghormati antara atlet.
![Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722048993_tbOnnHafizGhaziT.jpg)
Johor hasrat lancar sekolah rintis mulai tahun depan
Onn Hafiz berharap hasrat membangunkan sekolah rintis Johor akan membuahkan hasil yang baik demi masa depan negeri itu.
![SQ321: Bayaran balik penuh untuk semua penumpang, pampasan minimum AS$10,000 SQ321: Bayaran balik penuh untuk semua penumpang, pampasan minimum AS$10,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716351116_Airport.jpg)
SQ321: Bayaran balik penuh untuk semua penumpang, pampasan minimum AS$10,000
Semua penumpang juga akan menerima pampasan kelewatan mengikut peraturan Kesatuan Eropah atau United Kingdom yang berkaitan.
![SQ321: Perubahan pantas daya graviti mungkin sebabkan kecederaan penumpang - Laporan awal SQ321: Perubahan pantas daya graviti mungkin sebabkan kecederaan penumpang - Laporan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716969401_tbSingaporeAirline.jpg)
SQ321: Perubahan pantas daya graviti mungkin sebabkan kecederaan penumpang - Laporan awal
Siasatan awal ke atas insiden gelora udara baru-baru ini melibatkan penerbangan Singapore Airlines SQ321 mendapati perubahan pantas dalam daya graviti (G) yang menyebabkan penurunan altitud.
![Insiden SIA: Lapan daripada 16 rakyat Malaysia sudah pulang ke tanah air Insiden SIA: Lapan daripada 16 rakyat Malaysia sudah pulang ke tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716809907_MohamadAlamin.jpg)
Insiden SIA: Lapan daripada 16 rakyat Malaysia sudah pulang ke tanah air
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin mengesahkan lapan daripada 16 penumpang rakyat Malaysia yang menaiki penerbangan SQ321 Singapore Airlines (SIA) sudah kembali ke tanah air, setakat hari ini.
![48 penumpang, anak kapal SQ321 masih dirawat di hospital di Bangkok 48 penumpang, anak kapal SQ321 masih dirawat di hospital di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716548640_TBSQ.jpg)
48 penumpang, anak kapal SQ321 masih dirawat di hospital di Bangkok
Setakat tengah hari Jumaat, masih terdapat 34 pesakit yang dirawat di Srinakarin, 12 di Sukhumvit dan dua di Hospital Bangkok.
![Singapore Airlines tidak akan saji makanan semasa tali pinggang keselamatan dihidupkan Singapore Airlines tidak akan saji makanan semasa tali pinggang keselamatan dihidupkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/41585313255_AirbusA.jpg)
Singapore Airlines tidak akan saji makanan semasa tali pinggang keselamatan dihidupkan
Susulan tragedi yang dihadapi pesawat SQ321 baru-baru ini, SIA "lebih berhati-hati" uruskan gelora udara.
![SQ321: Semua warga Malaysia termasuk anak kapal dalam keadaan stabil SQ321: Semua warga Malaysia termasuk anak kapal dalam keadaan stabil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666258090_JojieSamuel.jpg)
SQ321: Semua warga Malaysia termasuk anak kapal dalam keadaan stabil
Kesemua 10 rakyat Malaysia, termasuk seorang anak kapal dari penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ321, berada dalam keadaan stabil.
![Bila kapal mendarat saya muntah tanpa henti, tak boleh bangun - Penumpang SQ321 Bila kapal mendarat saya muntah tanpa henti, tak boleh bangun - Penumpang SQ321](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716425324_passenger.jpg)
"Bila kapal mendarat saya muntah tanpa henti, tak boleh bangun" - Penumpang SQ321
"Saya takut untuk naik kapal terbang sebelum ini, kini saya berasa lebih takut."
![Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716305252_TBSIADIES.jpg)
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.