Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa syarikat SRC International Sdn Bhd bertegas untuk membuat pindaan mengenai tujuan pinjaman kedua berjumlah RM2 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pada 2012.
Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Pinjaman Pasaran Kewangan dan Aktuari, Kementerian Kewangan, Datuk Maliami Hamad, 65, berkata dalam perjanjian yang ditandatangani sebelum ini, tujuan pinjaman dinyatakan sebagai pelaburan am dan modal kerja.
Saksi pendakwaan ke-43 itu berkata, SRC International kemudian membuat pindaan dengan memasukkan modal pusingan.
"Apa yang saya pasti adalah kami menghadapi masalah untuk mengeluarkan surat jaminan kerana surat jaminan dan terma perjanjian pinjaman dana mestilah sama.
"Dalam perjanjian yang ditandatangani, terma itu adalah untuk pelaburan am dan modal kerja, jadi ia menjadi masalah kerana SRC International masih tegas nak masukkan modal pusingan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Najib, Farhan Read, pada hari ke-34 perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membabitkan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Katanya, masalah itu berterusan sehingga pihaknya membuat pindaan dalam tujuan kegunaan dana melalui Memorandum Jemaah Menteri (MJM).
"Apabila Jemaah Menteri lulus, barulah kita boleh buat keputusan. Berdasarkan MJM itu, SRC International bertegas masukkan modal pusingan dalam tujuan pinjaman mereka," katanya.
Saksi itu turut disoal oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sama ada beliau pernah memaklumkan Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Afidah Azwa Abdul Aziz bahawa SRC adalah milik Najib.
"Mungkin dia menggunakan bahasa percakapan dia (ketika memberi keterangan di mahkamah)… tetapi maksud saya, SRC adalah syarikat di bawah perhatian Najib," katanya.
Sebelum ini, Afidah Azwa yang juga saksi ke-41 pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa Maliami memaklumkannya bahawa SRC adalah milik Najib.
Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2019
Maliami merupakan saksi pendakwaan ke-43 dalam perbicaraan kes bekas perdana menteri membabitkan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta. - Gambar Fail/Kementerian Kewangan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
SRC bertegas pinda tujuan pinjaman wang KWAP - Saksi
Datuk Maliami Hamad berkata dalam perjanjian yang ditandatangani sebelum ini, tujuan pinjaman dinyatakan sebagai pelaburan am dan modal kerja.