awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SRC International: Najib kehabisan 'saluran' rayuan, tidak kebal undang-undang - Sithambaram

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
31/03/2023
07:38 MYT
SRC International: Najib kehabisan 'saluran' rayuan, tidak kebal undang-undang - Sithambaram
V Sithambaram berkata, keputusan SRC International memberi mesej tegas kepada semua pihak termasuk ahli politik bahawa tiada sesiapa pun yang mempunyai kekebalan atau boleh melebihi undang-undang. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah kehabisan 'saluran' rayuan dalam kes rasuah SRC International di semua peringkat mahkamah.
Beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan untuk mengekalkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta memberi mesej tegas kepada semua pihak termasuk ahli politik bahawa tiada sesiapa pun yang mempunyai kekebalan atau boleh melebihi undang-undang.
"Kes SRC International ini memberi mesej kepada semua ahli politik atau mana-mana individu lain bahawa tiada sesiapa pun yang boleh melebihi undang-undang.
"Keputusan pendakwaan ini harus menghantar mesej yang tegas kepada semua bakal pesalah bahawa undang-undang akan mengejar anda dan menghukum mereka yang bersalah," katanya pada sidang media di Istana Kehakiman di sini, pada Jumaat.
Kes SRC : Tiada sesiapa yang kebal undang-undang - V. Sithambaram
Mahkamah Persekutuan pada Jumaat menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan yang mengekalkan sabitan serta hukuman kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd yang dikenakan terhadapnya.
Dengan keputusan bagi usaha terakhir bekas Perdana Menteri itu, ia bermakna beliau akan menjalani baki tempoh penjara 12 tahun yang dijatuhkan ke atasnya, melainkan mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.
BACA: Najib kekal dipenjara, mahkamah tidak benar semak kes SRC International
BACA: SRC International: 'Najib sendiri penyebab gagal rayuannya' - Mahkamah Persekutuan
Bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon diberi kebenaran menyemak keputusan rayuan akhirnya oleh panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tengku Tuan Maimun Tuan Mat pada pada 23 Ogos tahun lalu dan jika dibenarkan, memohon perintah supaya dibebaskan atau secara alternatif, rayuan akhirnya didengar panel lain.
Dalam keputusan majoriti 4-1 pagi ini, panel hakim membuat keputusan berkenaan selepas mendapati permohonan kebenaran semakan itu adalah lebih menjurus kepada permohonan untuk menyemak merit keputusan panel dalam rayuan akhirnya pada 23 Ogos tahun lalu.
Topic Berkaitan
#SRC International
#Najib Razak
#Mahkamah Persekutuan
#rayuan terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan