awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SST diperkenalkan semula dalam tempoh 2-3 bulan - Daim

Bernama
Bernama
18/05/2018
12:48 MYT
SST diperkenalkan semula dalam tempoh 2-3 bulan - Daim
Daim berkata SST dianggarkan mengumpul RM30 bilion hasil tahunan, dan akan menangani kekurangan daripada kutipan GST. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan dalam tempoh dua hingga tiga bulan, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.
Kerajaan baharu Pakatan Harapan sebelum ini mengumumkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ditetapkan pada kadar sifar berbanding enam peratus, berkuat kuasa 1 Jun, 2018.
"(SST akan dilaksanakan) dalam tempoh terdekat...pelaksanaan perlu sedikit masa.. anda tidak boleh lakukannya serta-merta, kira-kira dua hingga tiga bulan.
"Sejak tujuh tahun lepas, kita tidak ada GST, (dan) tidak ada masalah, kita boleh atasi semuanya... masalahnya ialah rasuah," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Daim bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas bila SST akan dilaksanakan serta kadarnya.
Beliau berkata SST dianggarkan mengumpul RM30 bilion hasil tahunan, dan akan menangani kekurangan daripada kutipan GST.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cukai
#Cukai Jualan dan Perkhidmatan
#GST
#kerajaan
#Pakatan Harapan
#SST
#Tun Daim Zainuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan