awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Lima termasuk Datuk didakwa terima deposit tanpa lesen
MALAYSIA
Peluasan SST: Beri tumpuan kepada kesan tak langsung - Penganalisis
MALAYSIA
RUU Pekerja Gig dibentang di Parlimen pada Ogos atau September ini - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

SST lebih sesuai berbanding GST - Ini penjelasan Amir Hamzah

Firdaus Azil
Firdaus Azil
01/07/2025
10:58 MYT
SST lebih sesuai berbanding GST - Ini penjelasan Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, kerajaan melalui Ekonomi MADANI akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan lantai pendapatan rakyat dahulu.
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menafikan bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah sistem yang holistik, dan mungkin lebih baik untuk sektor perniagaan.

Ringkasan AI
  • Kerajaan mengakui GST sebagai sistem cukai yang holistik dan lebih baik untuk perniagaan, namun pelaksanaannya memberi impak langsung kepada rakyat serta memerlukan masa dan persediaan sistem yang panjang.
  • SST dipilih kerana lebih fleksibel dan sesuai dengan keperluan semasa, membolehkan kerajaan mengenakan cukai secara terpilih tanpa mekanisme kompleks seperti GST.
  • Perdana Menteri menegaskan GST tidak akan dilaksanakan selagi gaji minimum belum mencapai RM4,000, dan kerajaan kini fokus kepada peningkatan pendapatan rakyat melalui Ekonomi MADANI.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, menjelaskan bahawa pelaksanaan GST adalah lebih luas, dan impaknya terus kepada rakyat.
Katanya lagi, ia juga tidak ditanggung oleh perniagaan kerana mereka boleh menuntutnya kemudian.
Melalui Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pula, beliau berkata, kerajaan boleh memilih sektor mana yang perlu dikenakan cukai, berbanding GST yang mempunyai mekanisme yang lebih kompleks jika kerajaan ingin lakukan yang serupa.
“Dengan SST, saya boleh pilih. Ya saya ada membuat golongan wanita marah kerana pada awalnya kita kata sektor penjagaan kesihatan dan kecantikan pun kena... dan saya pun tak tunggu lama untuk buatkan mereka gembira kembali (dengan pengecualian). Jika saya gunakan GST, mekanismenya lebih kompleks.
“Keduanya, apabila kita mansuhkan GST pada 2018, sudah hampir tujuh tahun. Kebanyakan syarikat tidak bersedia untuk GST. Jadi jika kita cuba laksanakan GST kembali, ia mungkin mengambil masa dua tahun untuk mengemas kini sistem untuk hadapi GST.
“Negara ini tidak boleh lalui tempoh masa dua tahun. Kita ada banyak perkara yang perlu dilakukan untuk membolehkan ia (GST) terlaksana dengan baik. Jadi ada isu kelewatan dengan GST,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Fad’l Mohamed di majlis Invest ASEAN-Malaysia Conference 2025 anjuran bersama Bursa Malaysia dan Kumpulan Maybank, yang berlangsung di ibu negara selama tiga hari, bermula Selasa.
Polemik tentang pelaksanaan GST masih berterusan, dengan sesetengah pihak mendakwa ia lebih telus dan baik untuk rakyat serta perniagaan, berbanding peluasan skop SST.
Namun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, bertegas bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan GST selagi kadar gaji minimum belum mencapai RM4,000 sebulan.
“Sehingga pendapatan meningkat, ia bukan sesuatu yang tepat untuk kerajaan mengenakan cukai yang akan membebankan rakyat. Biarkan pendapatan meningkat dahulu, kemudian, mungkin kita boleh kaji semula GST,” katanya sebelum ini.
Dalam pada itu Amir Hamzah berkata, kerajaan melalui Ekonomi MADANI akan memberi fokus kepada usaha meningkatkan lantai pendapatan rakyat dahulu.
“Kemudian baru kita boleh melihat jika GST boleh dilaksanakan semula, pada masa yang tepat. Pada masa kini kerajaan berpandangan masanya belum lagi tiba. Jadi kita gunakan peralatan yang kita ada, dan peralatan itu adalah SST.
“SST sudah dilaksanakan sejak 1970-an lagi. Ya sistem itu sudah ada, dan kita mempunyai kapasiti untuk menjadikannya sesuai dengan keperluan semasa,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#GST
#SST
#Amir Hamzah Azizan
#gaji minimum
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami