awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Iran nafi sasar Hospital Soroka di selatan Israel
MALAYSIA
SMART jadi mentor SAR Rusia, satu penghormatan kepada negara - NADMA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

SST terhadap barangan import termasuk buah-buahan mungkin disemak semula - Ahmad Zahid

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2025
07:53 MYT
SST terhadap barangan import termasuk buah-buahan mungkin disemak semula - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kerajaan akan meneliti semula pelaksanaan semakan dan peluasan skop SST ke atas beberapa barangan import terpilih. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menilai bagaimana cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang disemak dan diperluaskan dilaksanakan untuk beberapa komoditi import tertentu, termasuk buah-buahan seperti epal dan oren Mandarin.

Ringkasan AI
  • Kerajaan mempertimbang semula pelaksanaan SST 510% ke atas buah-buahan import seperti epal dan oren mandarin, selepas timbul kebimbangan ia menjejaskan pengguna berpendapatan rendah.
  • Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pelarasan mungkin dilakukan, dengan mengambil kira pandangan penggiat industri dan hakikat bahawa Malaysia tidak mengeluarkan buah-buahan tersebut.
  • Semakan SST akan bermula 1 Julai 2025, merangkumi barangan tidak penting dan perlu, serta peluasan skop cukai perkhidmatan kepada enam sektor termasuk pembinaan, kesihatan dan pendidikan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memandangkan buah-buahan itu diimport sepenuhnya dari luar, cadangan untuk mengenakan SST 5 –10 peratus perlu diteliti semula.
"Saya berpandangan ada munasabah untuk (kadar baharu SST ke atas barangan tertentu) dilihat semula dan saya fikir akan ada pelarasan terhadap bahan-bahan tertentu dikategorikan untuk dikenakan cukai lima hingga 10 peratus.
"(Tetapi) jangan ambil itu secara konklusif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pendidik Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS), pada Khamis.
Sebelum ini, Datuk Ameer Ali Mydin, pengarah urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, menyifatkan keputusan untuk melaksanakan SST ke atas buah-buahan import sebagai tidak rasional kerana ia turut memberi kesan kepada pengguna berpendapatan rendah.
Mengulas kenyataan itu, Zahid berkata pandangan Ameer Ali itu menyentuh keperluan orang ramai dan akan dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
"Hasil cukai buah kepada negara pun tidak begitu tinggi. Jadi kalau dikenakan SST, maka harganya akan meningkat.
"Saya tahu tujuannya (tindakan mengenakan SST ke atas buah import) adalah untuk melindungi buah tempatan tetapi kita tidak mengeluarkan epal dan limau Mandarin. Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi juga saya yakin sedang melihat perkara itu," katanya.
Pada 9 Jun lepas, kerajaan mengumumkan semakan bersasar kadar SST yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai, 2025. Kadar cukai jualan kekal bagi barangan keperluan, manakala kadar lima atau 10 peratus akan dikenakan ke atas barangan tidak penting atau mengikut budi bicara.
Dalam masa sama, skop cukai perkhidmatan turut diperluaskan meliputi enam perkhidmatan baharu seperti penyewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#cukai
#SST
#barangan import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami