awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status keperluan lapangan terbang di Melaka diketahui hujung tahun ini - Liow

Bernama
Bernama
08/10/2016
15:55 MYT
Status keperluan lapangan terbang di Melaka diketahui hujung tahun ini - Liow
LIOW: Ia memerlukan satu kajian yang terperinci.
Status sama ada untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) atau membina lapangan terbang baharu di negeri ini, akan diketahui selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeriannya sedang menunggu laporan penuh daripada pihak konsultan yang dilantik bagi menjalankan kajian tentang perkara itu dan keputusan itu hanya dapat diketahui selepas laporan penuh kajian berkenaan diterima.
Katanya kajian itu meliputi aspek kos pengambilan tanah di kawasan sekitar untuk memanjangkan landasan sedia ada bagi membolehkan pelbagai jenis pesawat mendarat di LTAM yang terletak di Batu Berendam di sini.
"Ia memerlukan satu kajian yang terperinci, kos menaik taraf LTAM melibatkan pemanjangan landasan 600 meter melalui pengambilan tanah di sekitar Batu Berendam adalah tinggi berbanding pembinaan lapangan terbang baharu," katanya kepada pemberita di sini malam ini.
Terdahulu beliau merasmikan Konvensyen MCA negeri Melaka di sini yang turut dihadiri Pengerusi MCA Melaka yang juga Exco Pengangkutan, Pemulihan Projek dan Perdagangan Antarabangsa Melaka Datuk Lim Ban Hong.
Mengulas lanjut, Liow berkata pembinaan lapangan terbang baharu pula memerlukan perancangan yang teliti termasuk pemilihan lokasi yang bersesuaian dan memerlukan jangka masa yang panjang.
Beliau berkata banyak pertimbangan, kesan jangka panjang dan pendek perlu dipertimbangkan sebelum keputusan dibuat.
Sementara itu, beliau berkata penerbangan terus secara sewa khas dari Guangzhou, China ke LTAM yang dikendalikan China Southern Airlines bermula 29 September lepas dilihat dapat melonjakkan ekonomi dan industri pelancongan negeri Melaka.
"Ia adalah satu pencapaian positif dalam usaha merancakkan industri pelancongan Melaka terutama bagi menarik kedatangan pelancong dari China," katanya.
Topic Berkaitan
#lapangan terbang Melaka
#laporan konsultan
#Liow Tiong Lai
#LTAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan