BANGI: Status permohonan bagi perjawatan tetap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata beliau sendiri, telah mengemukakan permohonan berkenaan secara rasmi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Saya diminta untuk memohon agar perjawatan tetap diwujudkan di APM ini. Saya telah mengemukakan permohonan itu secara rasmi kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
"Dan kita ketahui bahawa keputusannya sangat positif, insya-Allah dalam masa terdekat akan ada pengumuman," katanya ketika berucap merasmikan Bulan Pertahanan Awam sempena sambutan Hari Pertahanan Awam Sedunia dan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) kali ke-72 2024, di ibu pejabat APM di sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata sudah tiba masanya 'wira-wira tidak didendang' APM dihargai pelbagai pihak, terutamanya kerajaan.
AHMAD ZAHID-PERJAWATAN (APM) 2 BANGI
"Usaha ini harus terus dilakukan, bukan soal wang ringgit tetapi penghargaan kepada jasa 'wira tidak didendang' ini harus didengar oleh masyarakat secara keseluruhannya," katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Pada November 2023, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) ketika itu Datuk Armizan Mohd Ali, dilaporkan berkata pihaknya telah memanjangkan perkara berkaitan perjawatan tetap APM kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebelum dibentangkan kepada JPA.
Selaras usia APM yang kini memasuki usia 72 penubuhannya, Ahmad Zahid mahu penyertaan sebagai sukarelawan pasukan itu diperluaskan kepada semua golongan masyarakat termasuk selebriti, profesional dan pengamal media.
Beliau berkata tempoh 60 hari diberikan kepada APM untuk merealisasikan hasrat berkenaan, sekali gus membuka peluang penyertaan kepada pengamal media.
"Untuk para wartawan, sebagaimana saya pernah sebutkan dalam ucapan saya yang lepas, saya mahu rakan-rakan wartawan dari pelbagai media cetak, media elektronik dan media sosial harus segera ditubuhkan.
ZAHID-PERJAWATAN (APM) 3 (AKHIR) BANGI
"Ini berguna untuk melibatkan mereka dalam usaha (misi) kemanusiaan ketika memberikan liputan yang lebih menonjol kepada agensi masing-masing," katanya.
Ahmad Zahid turut menekankan mengenai kepentingan peranan petugas media kepada APM dan mahu agensi itu sentiasa menjalin serta mengekalkan hubungan baik dengan golongan itu.
"Kita jangan pernah melupakan media. Media merupakan the fourth estate iaitu agensi atau sebuah badan yang cukup penting, untuk membantu kita mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat... supaya apa yang kita lakukan bukan hanya perkara kecil tetapi perkara besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Pertahanan Awam Sempena Sambutan Hari Pertahanan Awam Sedunia 2024 dan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam (HUTPA) Kali Ke-72. - Foto BERNAMA
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
KKR mengesyorkan pihak berkaitan supaya mengkaji kaedah bagi memendekkan tempoh mana-mana projek pembinaan di negara ini, yang mengambil masa lama untuk disiapkan demi kepentingan rakyat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
10 Berita Pilihan - (14 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir lahar dingin ragut lebih 50 nyawa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 52 individu setakat ini dengan 17 orang dilaporkan hilang. Situasi itu menyebabkan anggota keselamatan dan kecemasan mengerahkan tambahan aset-aset seperti jentera berat bagi memudahkan urusan semua pihak dalam operasi mencari mangsa yang hilang.
Suntikan anti-obesiti mampu kurang risiko serangan jantung
Suntikan ubat anti-obesiti mampu mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Satu kajian dilakukan oleh Profesor dari Kolej Universiti London (UCL) mendapati secara purata berat badan individu yang terlibat dalam kajian ini menurun 10.2 peratus selepas empat tahun.
Status permohonan perjawatan tetap APM diumum dalam masa terdekat - Ahmad Zahid
Status permohonan bagi perjawatan tetap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.