awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Status wilayah: Takrifan khas dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda - Abdul Karim

Astro Awani
Astro Awani
09/04/2021
05:52 MYT
Status wilayah: Takrifan khas dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda - Abdul Karim
Abdul Karim berkata Kerajaan Persekutuan harus menilai semula perkara berkaitan dalam perlembagaan termasuk melakukan pindaan takrifan khas. FOTO: BERNAMA
KUCHING: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan usaha mengiktiraf Sarawak dan Sabah sebagai wilayah sebagai mengembalikan semula semangat pembentukan Malaysia
Mengulas lanjut, ujarnya ia wajar berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 yang meletakkan dua wilayah ini sama taraf dengan Tanah Melayu.
"Malaysia ditubuhkan dalam 1963 menerusi Perjanjian Malaysia pada ketika Persekutuan Tanah Melayu sudah ditubuhkan.
"Kita tidak boleh menjadi sebuah negeri. Bagaimana anda boleh meletakkan Sarawak dan Perlis pada tahap yang sama?" soalnya.
Bagaimanapun, Abdul Karim berkata Kerajaan Persekutuan harus menilai semula perkara berkaitan dalam perlembagaan termasuk melakukan pindaan takrifan khas.
Ujarnya, pindaan takrifan khas bertujuan untuk mengelak berlaku kekeliruan daripada aspek kedudukan dan hak.
“Saya menyambut baik dan sangat bersetuju dengan penggunaan terma wilayah ini namun Kerajaan Persekutuan mesti mengatur semula sedikit perkara dalam Perlembagaan Malaysia bagi membolehkan penggunaan terma yang sesuai,” katanya.
BACA: Hajiji Noor alu-alukan penggunaan istilah 'wilayah' untuk Sabah
Terdahulu, pada Khamis sebuah portal berita melaporkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang melaksanakan pertukaran nama cawangan bagi semua agensi di bawahnya di Sabah dan Sarawak.
Lapor portal itu, sumber KKMM berkata pelaksanaan itu dilakukan susulan keputusan dan arahan diperoleh pada Mesyuarat Kabinet sebelum itu.
Ia selepas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin awal bulan ini, mengumumkan panggilan untuk Sabah dan Sarawak yang sebelumnya disebut sebagai ‘negeri’ ditukar kepada ‘wilayah’ serta-merta.
Perkara itu kemudiannya tular di media sosial.
Topic Berkaitan
#wilayah Sabah
#wilayah Sarawak
#terma wilayah
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#PBB
#Perlembagaan Malaysia
#Perjanjian Malaysia 1963
#Tanah Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan