awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu

Shafizan Johari
Shafizan Johari
14/03/2025
00:00 MYT
STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Menurut Dzul Aiman, kerajaan harus menjalankan kajian terhadap minat, kebolehan dan kecenderungan pelajar sebelum menetapkan sasaran penyertaan dalam STEM.
KUALA LUMPUR: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa kerajaan agar melaksanakan kajian terlebih dahulu sebelum menetapkan sebarang kuota berkaitan jumlah pelajar aliran Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).
Presidennya, Muhammad Dzul Aiman Zulkefly menegaskan, kerajaan harus menjalankan kajian terhadap minat, kebolehan dan kecenderungan pelajar sebelum menetapkan sasaran penyertaan dalam STEM.
“PKPIM menegaskan sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar,” tegasnya.
Pada masa sama, PKIPM juga menggesa kerajaan untuk memperkenalkan program dwialiran (gabungan STEM dan Sastera atau Kemanusiaan) bagi melahirkan tenaga kerja yang bukan sahaja mahir secara teknikal tetapi juga mempunyai kemahiran analitikal dan etika.
“Kami percaya bahawa kejayaan STEM tidak terletak pada paksaan kuota semata-mata, tetapi pada strategi yang berkesan untuk menarik minat dan membangunkan bakat pelajar secara berterusan,” tegas beliau lagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mencadangkan agar kemasukan pelajar ke bidang STEM di sekolah-sekolah berasrama penuh ditingkatkan kepada 70 peratus bagi menampung keperluan tenaga kerja dalam bidang berkenaan.
Sementara itu, tambah Dzul Aiman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu melibatkan pakar pendidikan, guru, pelajar dan ibu bapa dalam sesi libat urus bagi memastikan cadangan yang dinyatakan Perdana Menteri ini benar-benar memberi manfaat.
Topic Berkaitan
#STEM
#MRSM
#kouta
#Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan