PUTRAJAYA: Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) hari ini bersetuju dengan perluasan stesen minyak tanpa subsidi secara berfasa di kawasan sempadan negara bagi menangani ketirisan diesel bersubsidi.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat itu memaklumkan lokasi stesen minyak tanpa subsidi itu dicadangkan di Rantau Panjang dan Bukit Bunga (Jeli) di Kelantan serta Tebedu, Ba'Kalan dan Lundu (Sarawak).
Beliau berkata lokasi stesen minyak terbabit juga dicadangkan di Pengkalan Hulu (Perak), Tambak Johor dan Second Link (Johor), Padang Besar dan Wang Kelian (Perlis) dan Bukit Kayu Hitam (Kedah).
Katanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menguatkuasakan OPS TIRIS selama enam bulan bermula 1 Mac hingga 31 Ogos tahun ini bagi membanteras penyelewengan minyak diesel bersubsidi.
Ahmad Zahid berkata setakat 31 Mac lepas, sebanyak 3,424 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara yang melibatkan 92 kes dengan jumlah 88 tangkapan dan nilai rampasan RM3.02 juta membabitkan 41 kes serahan menerusi OPS TIRIS itu.
"Penyelewengan minyak diesel bersubsidi menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan mengakibatkan bekalan diesel tidak sampai kepada yang layak," katanya.
Beliau juga berkata inisiatif Rahmah, yang bermula dengan Menu Rahmah, kini diperluas dan dikembangkan kepada barangan seperti tekstil serta perkhidmatan seperti insurans.
KPDN memperkenal Program Payung Rahmah bagi membantu kumpulan miskin tegar B10 (pendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan) dan golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan makanan serta barangan keperluan asas.
Ahmad Zahid berkata setakat 1 April lepas, terdapat sejumlah 1,706 pengusaha restoran dan kedai makan di seluruh negara yang melaksanakan program Menu Rahmah manakala Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi menawarkan menu berbuka puasa pada harga Menu Rahmah.
Beliau berkata mesyuarat itu juga bersetuju agar Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) meneliti cadangan menaik taraf Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sebagai Agensi Sekuriti Makanan.
"KPKM juga akan mendayaupayakan FAMA dalam meluaskan jaringan pemasaran dengan menumpukan kepada kawasan berkepadatan tinggi dan kawasan luar bandar yang kurang akses kepada khidmat peruncitan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023
Menurut Zahid, penyelewengan minyak diesel bersubsidi menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan mengakibatkan bekalan diesel tidak sampai kepada yang layak. - Fail/BERNAMA
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Stesen minyak tanpa subsidi diperluas di kawasan sempadan negara secara berfasa
Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) bersetuju dengan perluasan stesen minyak tanpa subsidi secara berfasa di kawasan sempadan negara.