awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Steven Gerrard dilantik ketua jurulatih kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq

Astro Arena
Astro Arena
04/07/2023
03:10 MYT
Steven Gerrard dilantik ketua jurulatih kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq
Gerrard (gambar) sudah lama menjadi sasaran kelab Arab Saudi itu tetapi mendedahkan bulan lalu bahawa dia menolak tawaran awal kelab berkenaan. - Foto Astro ARENA
BEKAS kapten Liverpool, Steven Gerrrd, merupakan nama besar terbaru menyertai Liga Arab Saudi apabila mengikat kesepakatan untuk menjadi ketua jurulatih Al-Ettifaq.
Pengurus berusia 43 tahun itu kembali ke bidang kejurulatihan selepas dipecat Aston Villa pada Oktober lalu, kurang setahun selepas dia hanya mampu memenangi dua daripada 12 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
"Di mana legenda ditemui. Kami amat teruja untuk mengumumkan bahawa Steven Gerrard ialah ketua jurulatih baru kami," kata kelab itu dalam satu ciapan Twitter.
Gerrard, yang sebelum ini membimbing Rangers memenangi kejuaraan Liga Perdana Scotland musim 2020-21 sebagai gelaran pertama karier kejurulatihannya, sudah lama menjadi sasaran kelab Arab Saudi itu tetapi mendedahkan bulan lalu bahawa dia menolak tawaran awal kelab berkenaan.
Bagaimanapun, Al-Ettifaq, yang menamatkan saingan 16 pasukan dalam Saudi Pro League di tempat ketujuh, kekal dengan minat mereka sehingga Gerrard berubah fikiran untuk bersetuju menyertai mereka.
Topic Berkaitan
#Steven Gerrard
#liga Arab Saudi
#Al-Ettifaq
#ketua jurulatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan