awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stor haram jadi ‘bank diesel’, pemandu lori kantoi seleweng minyak diesel

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/08/2025
01:00 MYT
Stor haram jadi ‘bank diesel’, pemandu lori kantoi seleweng minyak diesel
Pegawai KPDN Perak memeriksaan peralatan yang digunakan oleh sindiket penyelewengan diesel dalam serbuan di Taiping, awal pagi Jumaat. - Foto KPDN Perak.
IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, berjaya membongkar sindiket penyelewengan minyak diesel dalam serbuan di sebuah bengkel di kawasan Simpang, Taiping awal pagi tadi.
Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan menerusi Op Tiris yang dilakukan sekitar jam 1.20 pagi berjaya menjumpai 36,000 liter cecair yang disyaki minyak diesel di dalam tangki-tangki IBC dan skid tank.
Menurutnya, kesemua barangan tersebut, yang dianggarkan bernilai RM292,840 telah disita.
“Modus operandi sindiket ini adalah dengan mendapatkan minyak diesel daripada bot nelayan dan pemandu lori yang tidak amanah, yang telah mencuri minyak diesel milik syarikat tempat mereka bekerja.
“Minyak tersebut dibeli sindiket dengan harga sekitar RM2.15 seliter, kemudiannya dijual kepada pihak industri di pasaran gelap pada harga sekitar RM2.45 seliter,” katanya dalam kenyataan di sini.
Kamalludin berkata, seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun yang mengaku sebagai pemandu lori didapati gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran, lesen atau permit menyimpan barang kawalan daripada Pengawal apabila diminta oleh pasukan pemeriksaan.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki melakukan kesalahan memiliki atau menyimpan barang kawalan berjadual minyak diesel tanpa kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan.
Topic Berkaitan
#kpdn
#Op Tiris
#minyak diesel
#sindiket penyelewengan minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan