awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jabatan Negara AS lulus cadangan jualan peluru berpandu Patriot kepada Arab Saudi
Soraya Borhan juara Penyampai Emas SINAR 2026
Polis tahan warga emas disyaki terlibat kes kematian anjing liar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

STPM 2016: Keputusan catat peningkatan

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
28/02/2017
06:42 MYT
STPM 2016: Keputusan catat peningkatan
Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 (Four Flat) juga meningkat kepada 565 calon - Foto fail
Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 menunjukkan peningkatan dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional (PNGK) bertambah kepada 2.71 berbanding 2.65 pada tahun lepas.
Menurut Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, bilangan calon yang mendapat PNGK 4.00 (Four Flat) juga meningkat kepada 565 calon iaitu 1.31 peratus berbanding 335 calon (0.80 peratus) pada tahun 2015.
Bilangan dan peratusan calon yang mendapat PNGK 3.00 ke atas juga mencatatkan pertambahan iaitu 16,263 (37.62 peratus) berbanding 14,263 calon (33.97 peratus) pada tahun 2015.
"Dari 43,235 calon (91.75 peratus) yang hadir, bilangan calon yang mendapat 5A dan 4A dalam peperiksaan STPM 2016 telah meningkat daripada 339 calon (0.81 peratus) pada tahun lalu kepada 575 calon (1.33 peratus) untuk tahun 2016.
"Sebanyak 11 calon telah mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran dan bilangan calon yang mendapat 4A dalam keempat-empat mata pelajaran juga bertambah kepada 517 calon berbanding 302 pada STPM 2015," katanya.
Tambahnya, peningkatan ini juga mengatasi semua pencapaian sejak STPM modular diperkenalkan pada tahun 2013.
Beliau berkata demikian dalam majlis pengumuman keputusan peperiksaan STPM tahun 2016 hari ini.
Topic Berkaitan
#keputusan
#Mustafa Ishak
#pgnk
#STPM
#STPM2016
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan