awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

STPM: Keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam diumum esok

Bernama
Bernama
05/09/2024
05:15 MYT
STPM: Keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam diumum esok
engesahan setuju terima tawaran bermula 7 hingga 15 Sept, dan surat tawaran rasmi akan dikeluarkan selepas pengesahan diterima. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf iaitu Sijil Agama Tinggi Malaysia (STAM), matrikulasi, asasi dan diploma akan diumumkan esok.

Ringkasan AI
  • Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) peringkat Sarjana Muda bagi lepasan STPM, STAM, matrikulasi, asasi, dan diploma akan diumumkan esok, boleh disemak secara dalam talian mulai 12 tengah hari.
  • Pengesahan setuju terima tawaran bermula 7 hingga 15 Sept, dan surat tawaran rasmi akan dikeluarkan selepas pengesahan diterima.
  • Pemohon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline(R) dalam tempoh 10 hari, dan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan keputusan boleh disemak mulai 12 tengah hari esok hingga 5 petang pada 15 Sept.
Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan https://jpt.utm.my; https://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.ums.edu.my; dan https://jpt.umt.edu.my atau melalui aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.
KPT memaklumkan pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 7 Sept hingga 15 Sept di laman sesawang UA masing-masing.
Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 7 Sept setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh dinyatakan.
KPT memaklumkan hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline(R) bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 12 tengah hari pada 6 Sept 2024 hingga 5 petang, 15 Sept.
Menurut KPT, tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan.
Dasar pemilihan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian.
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline(R) boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar |PTA secara terus di alamat Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62000 Putrajaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#STPM
#permohonan ke universiti
#keputusan permohonan universiti
#tarikh keputusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan