awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Strain D614G: Kebolehjangkitan COVID-19 mungkin meningkat - Dr Noor Hisham

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/10/2020
10:53 MYT
Strain D614G:  Kebolehjangkitan COVID-19 mungkin meningkat - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham menjelaskan, walaupun virus bermutasi D614G yang dikesan di kedua-dua lokasi itu daripada kumpulan yang sama, namun kedua-dua strain itu mempunyai ciri-ciri yang berbeza. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Kebolehjangkitan COVID-19 dalam masyarakat berkemungkinan akan meningkat ekoran penemuan virus bermutasi D614G di Kedah dan Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, ia adalah berikutan ciri-ciri mutasi itu yang mudah menjangkiti dan merebak.
"Saya percaya kebolehjangkitan dalam masyarakat berkemungkinan akan meningkat, berbanding strain lain yang dikesan sebelum ini," katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.
Noor Hisham menjelaskan, walaupun virus bermutasi D614G yang dikesan di kedua-dua lokasi itu daripada kumpulan yang sama, namun kedua-dua strain itu mempunyai ciri-ciri yang berbeza.
"Kalau tengok di Kedah melibatkan Kluster Sivagangga, Sungai dan Tawar, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) kenal pasti strain D614G. Kita percaya strain itu datang dari sebuah kawasan di Sivagangga, India.
"Apabila menjalankan kajian di Sabah, strain yang sama ditemui. Strain ini dipercayai datang dari Indonesia dan Filipina," ujarnya.
Sebanyak 260 kes baharu direkodkan pada Khamis sekali gus merekodkan kes harian kedua tertinggi pernah dicatatkan di negara ini.
Jumlah ini menjadikan keseluruhan kes kepada 11,484 dengan kes aktif sebanyak 1,334 kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PKPP
#strain
#Mutasi
#Kluster Sivagangga
#D614G
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Noor Hisham Abdullah
#koronavirus
#coronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan