TIDAK dinafikan banyak negara telah melaksanakan penggabungan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bersandarkan kepada rasional ‘lebih besar adalah lebih baik’.
Malaysia tidak terkecuali daripada mengikuti langkah penggabungan apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan persetujuan kabinet terhadap penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Penulis tidak bercadang untuk membuat kritikan terhadap keputusan tersebut kerana tidak mengetahui dengan jelas dan tepat, rasional serta hasil kajian jawatankuasa yang telah ditubuhkan. Namun, adalah penting untuk semua pihak meneliti elemen penting penggabungan universiti khususnya amalan terbaik daripada usaha penggabungan yang telah berjaya serta yang gagal, bagi memastikan proses penggabungan universiti di negara kita melalui proses yang sewajarnya.
Penggabungan universiti kebiasaannya melibatkan antara dua atau beberapa universiti yang mempunyai misi, profil akademik, program akademik, struktur organisasi, saiz pelajar dan ahli akademik yang hampir sama. Di samping itu, sejarah penubuhan universiti dalam aspek budaya akademik dan pengurusan adalah penentu kejayaan.
Universiti yang kurang berstrategi dan tidak mempunyai nic yang dikenali seharusnya bergabung dengan universiti yang lebih cemerlang. Selain itu, lebih mudah untuk mengabungkan universiti yang berfokus STEM dengan universiti yang bersifat komprehensif asalkan kedua-duanya mempunyai budaya penyelidikan yang kukuh.
Negara seperti Finland, Norway dan Denmark telah memulakan penggabungan universiti mereka. Di Denmark, bilangan universiti dikurangkan dari 12 hingga lapan dan pusat penyelidikan kerajaan disatukan ke sektor universiti. Finland pula menyaksikan penggabungan Helsinki School of Economics, Helsinki University of Technology and the University of Arts and Design untuk memastikan kecemerlangan sistem pendidikan tinggi selari dengan kecemerlangan pendidikan sekolahnya.
Sementara di Norway, penggabungan telah mengurangkan bilangan IPT daripada 33 pada 2014 hingga 21 pada tahun 2018. Jelasnya, antara tahun 2000-2010, sekitar 100 penggabungan telah direkodkan dalam 25 sistem pendidikan tinggi di Eropah. Di USA pula, kebanyakan penggabungan melibatkan kolej teknikal dan kolej komuniti. Sebagai contoh, Washington State mengabungkan 29 kolej komuniti dengan lima institut TVET di bawah State Board for Community and Technical Colleges.
Di Asia, Taiwan sedang dalam proses menggabungkan National Taiwan University of Science and Technology, National Pingtung University of Science and Technology dan National Yunlin University of Science and Technology menjadi Taiwan University of Science and Technology.
Di United Kingdom, penggabungan antara Victoria University of Manchester (VUM) dan University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST) menjadi University of Manchester telah berjaya dilakukan kerana kedua universiti ini mempunyai sejarah dan hubungan kerjasama yang sangat baik. UMIST pada satu ketika adalah Fakulti Teknologi di VUM sebelum dinaik taraf sebagai universiti pada tahun 1955.
Melalui projek khas dipanggil Project Unity, sistem komunikasi diwujudkan untuk memastikan pihak berkepentingan dalaman terutama staf dan pelajar dilibatkan melalui mesyuarat, taklimat dan laman web khusus bagi memastikan penggabungan tercapai.
Satu penggabungan lain yang melibatkan dua universiti yang mempunyai tahap pencapaian yang sama adalah di antara London Guildhall and the University of North London yang membentuk London Metropolitan University. Begitu juga dengan kejayaan menggabung Cardiff University and the University of Wales College of Medicine.
Namun, beberapa usaha lain antara University College of London dan Imperial College, Aston University dan University of Birmingham dan Robert Gordon University dan University of Aberdeen di Scotland tidak berhasil. Sementara Australia membatalkan cadangan penggabungan University of Adelaide dan University of South Australia setelah meneliti laporan kajian oleh Pasukan Berkecuali.
Kajian berkaitan penggabungan universiti di UK mendapati bahawa walaupun penggabungan membawa kepada kecekapan tetapi hal ini hanya berlaku dalam dua tahun awal penggabungan sahaja. Malah, proses penggabungan melibatkan kos yang tinggi meliputi aktiviti penjenamaan semula, komunikasi, penambahbaikan infrastruktur, kos sinergi penstrukturan dan lain-lain. Sebagai contoh, penggabungan VUM dan UMIST melibatkan geran sebanyak £10m daripada HEFCE’s Srategic Development Fund dan £10 million daripada Office of Science and Technology.
Secara terperinci, kajian oleh Burke & Biggart (2007) mendapati kegagalan penggabungan adalah disebabkan oleh berberapa faktor iaitu pertama, ketidak jelasan matlamat dan bagaimana mengukur prestasi; kedua, ketidak seimbangan kuasa dan kepentingan institusi yang terlibat, ketiga; ketidakseimbangan kepakaran, kewibawaan, atau prestij, keempat; tidak realistik terhadap kemampuan universiti dan pemimpin, kelima; rasional yang lemah terhadap pengagihan tugas/penstrukturan, keenam; tiada pelan risiko yang jelas. Semua faktor kegagalan ini berkait dengan tiga elemen utama, iaitu kepemimpinan, budaya dan komunikasi.
Penggabungan universiti mesti melibatkan sekurang-kurangnya tiga fasa, iaitu pra (apabila cadangan penggabungan dipertimbangkan tetapi belum diumumkan secara rasmi), semasa penggabungan (proses penggabungan dirancang selepas pengumuman rasmi) dan pasca (perlaksanaan). Pada tahap sebelum pengumuman rasmi, fokus perlu diberikan kepada pengumpulan dan analisis data, proses libatsama pihak berkepentingan dan iltizam politik.
Tempoh pra ini harus difokuskan kepada pembangunan visi dan model penggabungan, pengumpulan maklumat dan data mengenai proses dan implikasi penggabungan, membuat penilaian yang jelas berasaskan data prestasi institusi dan menyampaikan maklumat ini secara objektif kepada pihak berkepentingan melalui dialog atau bengkel.
Maksudnya, tahap ini memerlukan penglibatan secara aktif pihak berkepentingan untuk diberikan maklumat yang tepat tanpa mewujudkan situasi panik atau mencurigakan. Sekiranya cadangan penggabungan mendapat sokongan yang diperlukan, maka pengumuman penggabungan bersama visi dan cadangan model penggabungan serta tempoh boleh diumumkan. Tiada quick fix atau quick win.
Di negara dimana penggabungan universiti telah berjaya dilakukan, politik akademik dan politik parti tidak dilibatkan, selari dengan aspirasi autonomi dan kebebasan akademik.
*Penulis adalah Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (PenDaPaT) dan Profesor Pendidikan Tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
**Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Prof Datuk Dr Norzaini Azman
Tue Sep 17 2019
Tidak dinafikan banyak negara telah melaksanakan penggabungan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bersandarkan kepada rasional lebih besar adalah lebih baik. - Gambar hiasan
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.