awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Struktur pagar SK Pesagi rosak akibat tanah runtuh

Bernama
Bernama
02/03/2023
06:19 MYT
Struktur pagar SK Pesagi rosak akibat tanah runtuh
Struktur pagar SK Pesagi yang rosak akibat tanah runtuh pagi tadi. -Bernama
KUANTAN: Sebahagian struktur pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Pesagi di Maran rosak akibat tanah runtuh pagi ini, yang dipercayai berlaku ekoran hujan berterusan.
Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Maran Kapt (PA) Mohd Azhar Yusof berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada 9.45 pagi tadi oleh penduduk kampung tersebut.
"Kerosakan tembok sekolah dianggarkan sepanjang 160 kaki (kira-kira 48 meter) dan kejadian tidak melibatkan mangsa kerana sekolah masih dalam tempoh cuti penggal," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Hujan berterusan di Maran bermula sejak dua hari lepas, menyebabkan tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu bagi menempatkan 441 mangsa banjir setakat tengah hari ini.
Selain Maran, turut terjejas banjir ialah daerah Raub, Jerantut, Pekan dan Rompin dengan jumlah mangsa di semua daerah itu seramai 932 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#struktur pagar rosak
#SK Pesagi
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan