KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu distruktur semula sebagai sebuah entiti yang lebih telus dan adil sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap badan pengurusan pilihan raya negara.
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkata ia termasuk memberi hak kepada SPR untuk mengendalikan pendaftaran dan menguruskan perjalanan parti politik termasuk mengaudit kewangan parti.
"Kita (ERC) mencadangkan supaya SPR menjadi pihak berkuasa termasuk mengawal kewangan parti. Parti politik juga perlu didaftar oleh SPR.
"Jadi, badan yang mengawal parti-parti politik hendaklah dilakukan oleh SPR, dan bukan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Beliau pada masa sama membidas cadangan dikemukakan kumpulan pemantau pilihan raya Bersih 2.0 yang mencadangkan supaya SPR dibahagikan kepada tiga identiti.
Tegas Ab Rashid, tiada keperluan untuk menstruktur semula SPR kepada tiga entiti berbeza, sebaliknya memadai sekadar dua entiti iaitu mengasingkan bahagian persempadanan pilihan raya.
"Bersih 2.0 mencadangkan supaya diadakan tiga suruhanjaya, secara peribadi saya fikir tidak sesuai. Banyak sangat suruhanjaya tak jadi juga kerana fungsi yang hampir sama.
"Kita hendak tengok pilihan raya diadakan dengan sempurna, bebas, adil dan telus. Kalau tiga suruhanjaya, itu banyak sangat," katanya.
Bersih 2.0 sebelum ini berkata fungsi SPR patut dibahagikan kepada tiga entiti berbeza, iaitu dengan pembentukan Suruhanjaya Penguatkuasaan Pilihan Raya (SPPR), dan Suruhanjaya Sempadan Pilihan Raya (SSPR) selain SPR sedia ada.
Katanya, undang-undang dan struktur SPR sedia ada mendedahkannya kepada salah guna dan manipulasi.
Ab Rashid bagaimanapun tidak pasti bilakah kerajaan akan melaksanakan syor yang dikemukan ERC itu.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Feb 20 2021

Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkata ia termasuk memberi hak kepada SPR untuk mengendalikan pendafataran dan menguruskan perjalanan parti politik termasuk mengaudit kewangan parti. - Foto BERNAMA

AWANI Ringkas: Lelaki kulit hitam maut, Biden gesa semua tenang | Pelabur tunggu keputusan korporat, inflasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekas kerani bank mengaku palsu dokumen, tipu pelanggan
Tertuduh mengaku salah membabitkan 55 pertuduhan menipu dan memalsukan dokumen di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kereta, rumah dihempap pokok tumbang
Seorang wanita serta lima anaknya diselamatkan ketika pokok tumbang menghempap sebuah rumah di Jalan Perkasa Taman Maluri.

MBI tidak batalkan operasi bazar Ramadan - Datuk Bandar
Setakat ini tiada sebarang perubahan dibuat memandangkan kes COVID-19 masih lagi terkawal walaupun daerah Kinta berada dalam zon merah.

Malaysia, New Zealand komited dalam kerjasama pertahanan - Ismail Sabri
Malaysia dan New Zealand mengesahkan komitmen bersama dalam hubungan pertahanan di bawah FPDA dan ADMM serta ADMM-Plus.

Sistem e-wages pastikan pekerja terima gaji tepat pada masanya - MEF
Sistem e-wages yang dijangka dilancarkan kerajaan tidak lama lagi akan memastikan para pekerja termasuk pekerja asing dibayar upah tepat pada masanya.

Negara berdepan kepupusan Harimau Belang Malaya jika tidak dipelihara
Tindakan pembiakan, pemuliharaan dan pembelajaran mengenai Harimau Belang Malaya diperlukan bagi mengelakkan kepupusan populasi berkenaan di negara ini.

Denda tinggi ke atas pemburu haram pastikan harimau Malaya tidak pupus
Enam pelan kodusif bersama agensi berkaitan diharapkan dapat menangani krisis kepupusan Harimau Malaya.

'Flying Sikh' kembali beraksi, janji kembalikan kegemilangan rali
Legenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh berjanji untuk mengembalikan semula kegemilangan rali Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Asing Diri Dalam Gua | Kaji kehidupan dalam kegelapan
Ketika dunia sedang menjalani perintah berkurung, kuarantin dan pengasingan kendiri, sekumpulan saintis dan penjelajah dari Perancis dengan suka rela mengasingkan diri di sebuah gua di Pirenis. Matlamatnya adalah untuk lebih memahami kesan pengasingan diri dan kekurangan cahaya pada waktu siang.

Bersatu mahu SPR segerakan pelaksanaan Undi 18
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata langkah itu perlu sebagai mengiktiraf peranan serta penglibatan golongan muda dalam politik.

Undi18: 18 anak muda mahu failkan semakan kehakiman terhadap kerajaan
18 orang anak muda yang mewakili gerakan Undi18 bakal memfailkan semakan kehakiman terhadap Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

KBS kemuka cadangan asing proses Undi18, pendaftaran automatik di kabinet
SPR diharap dapat melaksanakan usaha itu dengan segala formula dan ruang yang ada, memandangkan semua anggota Kabinet semalam menyokong Undi18.

Teknologi sudah semakin canggih, apa lagi sebab tangguh #Undi18 - Tun M
Alasan diberikan terutama melibatkan kesukaran dalam mengumpul data pengundi adalah sesuatu yang amat sukar diterima.

Kerajaan boleh jatuh, Parlimen boleh dibubar tetapi perlu ada bukti dokumentasi - Pakar Perlembagaan
Hilangnya majoriti atau sokongan yang boleh membawa implikasi kejatuhan kerajaan, tidak semudah yang disangka.

SPR perlu perjelas masalah kekangan pelaksanaan Undi18 - Saifuddin
SPR perlu tampil menjelaskan kekangan pelaksanaan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun yang ditangguhkan.

Undi 18 boleh dilakukan secara manual - MBS
MBS yakin penguatkusaan undi 18 tidak perlu dilaksanakan serentak dengan pendaftaran automatik kerana ia merupakan dua elemen yang berbeza.

Kalau bukan secara automatik, benarkan anak muda daftar sendiri - Undi 18
Daripada tiga pindaan Perlembagaan Persekutuan, hanya satu yang telah dilaksanakan iaitu penurunan had umur calon kepada 18 tahun.

Tangguh Undi18 keputusan munasabah, namun alasan juga kena munasabah - Presiden MIC
Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan undi pada usia 18 tahun (Undi18) dan pendaftaran pemilih automatik adalah munasabah berdasarkan situasi semasa.

PAU2020: Pemuda, Puteri UMNO sokong Undi 18 dipercepatkan
Beberapa pemimpin muda UMNO yang ditemui ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 turut mendesak perkara sama.