awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami amuk cederakan isteri dan anak dengan parang di Labuan

Bernama
Bernama
07/04/2018
22:29 MYT
Suami amuk cederakan isteri dan anak dengan parang di Labuan
Rakan sekerja dan penduduk di Taman Mahkota Impian bimbang untuk menghampiri suspek kerana khuatir lelaki itu akan membunuh dirinya. --fotoBERNAMA
Seorang wanita dan anak lelakinya mengalami kecederaan pada bahagian bahu dan tangan selepas dilibas dengan parang oleh suaminya yang mengamuk, pada Ahad.
Dalam insiden lebih tiga jam bermula 3 petang, suspek yang mengamuk berlari berhampiran Pusat Koreksional Labuan, bertentangan Taman Mahkota Impian, Jalan Bukit Timbalai di sini, dipercayai bertindak demikian kerana menghadapi masalah rumah tangga.
Suspek yang bertugas di Pusat Koreksional Labuan, turut mengalami kecederaan selepas menetak lehernya dengan senjata itu.
Lelaki itu juga turut dilihat bertengkar dengan beberapa orang dipercayai rakan sekerjanya yang cuba menenangkannya.
Wartawan Bernama yang berada di lokasi kejadian, menyaksikan suspek beberapa kali meletakkan parang itu di perutnya dan mengugut mahu membunuh diri.
Rakan sekerja dan penduduk di Taman Mahkota Impian bimbang untuk menghampiri suspek kerana khuatir lelaki itu akan membunuh dirinya.
Isteri mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian bahu dibawa keluar dari semak berhampiran dan dibawa ke Hospital Labuan dengan ambulans manakala anak lelakinya yang cedera ringan pada bahagian tangan, turut dirawat di hospital sama.
Sekumpulan anggota polis dari Balai Polis Bebuloh, Balai Polis Daerah Labuan diketuai Ketuanya, Supt Mohamad Farid Ahmad dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Labuan DSP Boniface Anak Bajai yang bergegas ke tempat kejadian cuba menenangkan suspek bagaimanapun dia semakin agresif.
Bagaimanapun, dia akhirnya setuju untuk memandu keretanya sendiri ke balai polis untuk menyerah diri pada 6 petang.
Ambulans dari Labuan Nucleus Hospital dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat turut dipanggil untuk membantu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agresif
#amuk
#bunuh diri
#Labuan
#parang
#polis
#suami
#suspek
#Taman Mahkota Impian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan