awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump lantik Kevin Warsh terajui Rizab Persekutuan AS
Wartawan Don Lemon ditahan berhubung liputan protes ICE di Minnesota
PDRM ikat The City Boys 1-1
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami bina replika Taj Mahal demi cinta agung buat isteri

Eton Khir
Eton Khir
30/11/2021
04:25 MYT
Suami bina replika Taj Mahal demi cinta agung buat isteri
Pembinaan replika monumen terkenal ini mengambil masa tiga tahun dan lawatan berkali-kali ke bandar Agra di mana terletaknya bangunan Taj Mahal sebenar. -Twitter@SalimAjmeri_
DEMI cinta mendalam terhadap isteri, seorang lelaki dari Madhya Pradesh di India sanggup membina replika ikonik Taj Mahal versi mini untuk dihadiahkan kepada wanita itu sebagai simbol cintanya.
Memetik laporan portal BBC News, Anand Prakash Chouksey, 52, membina istana marmar seluas 929 meter persegi itu buat isterinya Manju Shah, 48, yang juga seorang guru.
Walaupun diinspirasikan daripada seni bina Taj Mahal, rekaan dalamannya diselitkan dengan ciri kontemporari yang jelas daripada pemilihan sofa dan langsir.
Pembinaan replika monumen terkenal itu mengambil masa tiga tahun dan lawatan berkali-kali ke bandar Agra di mana terletaknya bangunan Taj Mahal sebenar.
"Kami juga menggunakan banyak imej 3D Taj Mahal di internet untuk membina sendiri," tambah Chouksey.
Taj Mahal versi Anand dan Manju masih mengekalkan reka bentuk serupa, namun saiznya dikecilkan kepada satu pertiga daripada monumen sebenar.
Rumah itu mempunyai beberapa menara di bahagian luar serta kubah, manakala lantai dan bahagian hadapan rumah diperbuat daripada batu marmar dari bandar Makrana yang turut digunakan dalam pembinaan Taj Mahal sebenar.
Rumah empat bilik tidur itu terletak di sebuah bandar kecil di tengah India
Rumah empat bilik tidur itu terletak di sebuah bandar kecil di tengah India
Taj Mahal mini ini mempunyai empat bilik tidur, sebuah dewan, perpustakaan dan bilik meditasi.
“Saya ingin membina sebuah rumah yang unik di sebuah pekan kecil.
"Terdapat banyak rumah dibina setiap tahun, namun saya ingin membina kediaman yang kekal menjadi buah mulut penduduk setempat.
“Tiada yang lebih sempurna berbanding membina sebuah Taj Mahal.
"Rumah ini adalah simbol cinta saya kepada isteri, sama seperti kisah cinta Mumtaz Mahal,” kata Anand.
Anand Prakash Chouksey membina rumah untuk isterinya, Manjusha
Anand Prakash Chouksey membina rumah untuk isterinya, Manjusha
Taj Mahal yang asal telah dibina oleh Maharaja Empayar Mughal, Shah Jahan di antara tahun 1632 dan 1653 sebagai makam buat isterinya, Mumtaz Mahal di tebing sungai Yamuna, di Uttar Pradesh.
Sementara itu, Anand menambah, sejak berpindah ke rumah tersebut pada tahun ini, ramai pelancong datang ke situ termasuk untuk merakam gambar praperkahwinan.
“Sebelum wabak itu, ia menarik seramai 70,000 pengunjung setiap hari termasuk selebriti dan orang kenamaan.
"Malah, ia juga telah menjadi lokasi tumpuan pelancong yang datang ke rumah kami untuk melihatnya.
"Sambutannya amat luar biasa, namun saya gembira kerana isteri saya turut gembira dan kami sekeluarga hidup bahagia,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Taj Mahal
#Anand Prakash Chouksey
#Manju Shah
#replika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan