Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat hari ini menyeru para suami menggalakkan isteri memberi susu badan kepada bayi.

Beliau berkata, ini penting memandangkan susu ibu kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan sempurna.

"Susu ibu juga adalah imunisasi pertama yang diterima oleh bayi selepas dilahirkan," katanya pada Program Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2014 di sini, hari ini.

“Penyusuan susu badan hendaklah diteruskan sehingga umur bayi itu mencapai dua tahun.

"Ini kerana susu ibu mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan anak untuk tumbesaran yang baik dan sihat berbanding susu formula," katanya.

Turut hadir pada program itu ialah Pengarah Hospital Besar Tawau, Dr. Norlimah Arsad.