Seorang lelaki berkemungkinan dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, selepas dipercayai mengelar tangan sendiri di sebuah taman perumahan di Padang Serai di sini, pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, lelaki berusia 25 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing berkenaan, dipercayai bertindak demikian selepas bertengkar dengan isterinya.
Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Azhar Hashim, berkata lelaki itu mengalami kecederaan parah di tangan kiri dan dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.
"Hasil siasatan awal, mangsa mengaku mengelar lengan kirinya kerana tertekan setelah berhadapan masalah rumah tangga.
"Lelaki itu yang mempunyai seorang anak berusia dua tahun dipercayai bergaduh dengan isterinya sejak tiga hari lalu," katanya di sini pada Sabtu.
Katanya, polis turut menemui sebilah pisau di tempat kejadian dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.
Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.
Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada sam@befrienders.org.my untuk bantuan.
Panggilan adalah percuma bermula 1 Ogos 2019.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Jun 20 2020

Lokasi kejadian seorang suami mengelar tangan sendiri selepas bergaduh dengan isterinya. - PDRM

Setahun Malaysia Prihatin, Kementerian Kerja Raya capai KPI 99 peratus
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sejumlah 131 projek dilaksanakan di bawah kementerian itu dengan 111 projek telah disiapkan bernilai RM3.955 bilion pada tahun lepas.

Kanak-kanak lemas dalam besen: Pengasuh direman 4 hari
Reman ke atas wanita berusia 43 tahun itu dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
![AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893689/24668264051614857265473_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [04/03/2021] - 361 kes baharu | Sarawak Pay bertaraf antarabangsa
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: 1. 361 kes positif COVID-19 baharu dilaporkan, Miri catat angka tertinggi 2. Perlu 'SWAB test' tiga hari sebelum memasuki Sarawak 3. Sarawak Pay jalin kerjasama dengan Union Pay International Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Hubungan Bersatu-UMNO: Setiausaha Agung akan umumkan - Muhyiddin
Jelas Muhyiddin, keputusan itu akan hanya diumumkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam masa terdekat.
![[SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021 [SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893687/24668264031614856105533_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perkembangan penularan jangkitan kes COVID-19 - 04 Mac 2021
Ikuti sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan perkembangan terkini penularan wabak #COVID19 di negara ini.

Miri catat angka tertinggi kes COVID-19 di Sarawak
Tidak mengikut SOP menjadi punca kenaikan kes di bandar minyak itu, melibatkan platform minyak dan gas di Baram.

Iklan vaksin COVID-19 dalam talian dikenal pasti sebagai palsu
Kerajaan dengan kerjasama Interpol sedang memantau sindiket penjualan vaksin palsu secara dalam talian - Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

PKPD di Sekolah Henry Gurney, Rumah Sewa Anong dan Beverly Hills
Sehingga 3 Mac 2021, sebanyak 152 kes positif telah direkodkan yang melibatkan lima kakitangan, lapan ahli keluarga dan 139 tahanan.

Jumlah kematian kini 1,153 kes, berikut tumpuan sidang media KKM hari ini
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 4 Mac.

Muda Malaysia terbuka jalin kerjasama dengan parti blok pembangkang - Syed Saddiq
Syed Saddiq berkata, kerjasama itu akan diadakan dengan melihat kepada persamaan idealisme dan prinsip yang dibawa semua parti.

Suami disiasat kerana kelar tangan sendiri selepas bergaduh
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, lelaki berusia 25 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing berkenaan, dipercayai bertindak demikian selepas bertengkar dengan isterinya.