BATU PAHAT: Pasangan suami isteri antara tiga yang ditahan dipercayai terlibat pengedaran dadah di daerah ini dan Kluang.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata pasangan terbabit ditahan di sebuah kediaman di Taman Utama, Yong Peng dekat sini, 7 malam, Isnin lepas.
Beliau berkata hasil serbuan polis menemukan dadah jenis methaphetamine seberat 311.45 gram dan pil eramin 5 dengan anggaran berat 16.77 gram.
Katanya susulan tangkapan berkenaan, polis menahan seorang lagi lelaki di depan sebuah rumah kedai di Taman Kota, Yong Peng kira-kira 6 petang, keesokkannya.
"Polis merampas dadah jenis syabu dengan anggaran berat 1.8 kilogram (kg) yang disimpan dalam satu beg plastik dan 4.05 kg dadah sama hasil pemeriksaan di rumah kedai berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di sini hari ini.
Ismail berkata keseluruhan dadah dianggarkan seberat 5.9 kg itu bernilai RM212,045 dan boleh digunakan 7,000 penagih.
Turut dirampas wang tunai RM240,000 dan dua kereta serta sebuah motosikal.
Beliau berkata ketiga-tiga suspek berusia 45 hingga 50 tahun itu ditahan reman hingga Isnin dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, dalam kes berlainan, beliau berkata seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan kerana memiliki 530 milimeter air ketum, 216 gram daun ketum dan pelbagai jenis mercun bernilai RM20,000 di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah (kanan) menunjukkan duit yang dirampas pihaknya daripada sindiket dadah yang aktif di Batu Pahat dan Kluang. - BERNAMA
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita OKU, suami direman kes tendang penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang
Sepasang suami isteri direman bagi membantu siasatan susulan tindakan mereka yang mengganggu penunggang motosikal di atas Jambatan Pulau Pinang.
Suami isteri diberkas dipercayai dera kanak-kanak hingga maut
Pasangan suami isteri diberkas polis dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki sehingga maut dalam kejadian di Petaling Jaya.
Suami isteri ditahan bersama 51 ketul ganja mampat
Polis menahan pasangan suami isteri dan merampas 51 ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 51,634 gram bernilai RM160,000.
Suami isteri ditahan disyaki dera kanak-kanak lelaki
Polis telah menahan ibu dan bapa tiri mangsa yang masing-masing berusia 35 dan 37 tahun kira-kira 8 malam.
Suami isteri ditahan, disyaki aktif edar dadah sekitar Perak
Nilai keseluruhan dadah yang dirampas daripada pasangan itu berjumlah RM64,570.
Sindiket curi susu formula, suami isteri dihukum penjara 12 bulan
Sepasang suami isteri yang merupakan sindiket curi susu formula bayi dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
Pandu kereta lawan arus, suami isteri ditahan
Rakaman video menunjukkan kereta dipandu melawan arus dari arah Teluk Kemang menghala ke Seremban.
SPRM tahan suami isteri buat tuntutan palsu RM2 juta
Tuntutan membabitkan bayaran komisen program merekrut pelajar sekolah menengah untuk melanjutkan pelajaran di sebuah universiti swasta.
Suami isteri antara tiga ditahan edar dadah
Pasangan suami isteri antara tiga yang ditahan dipercayai terlibat pengedaran dadah di daerah ini dan Kluang.
Pasangan suami isteri ditahan disyaki tikam warga emas
Kedua-dua individu itu ditahan di sekitar Hospital Serdang dan Kuala Lumpur kira-kira 1.30 pagi bagi membantu siasatan.