SIBU:Sepasang suami isteri dan seorang remaja maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori kargo di Simpang Salcra, Jalan Saratok-Sarikei, kira-kira 110 km dari sini, semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa yang maut itu dikenali sebagai Raju Lian, 43, dan isterinya, Irene Jerah, 44, serta seorang remaja perempuan Vanessa Deborah Medan, 16, yang belum dapat disahkan kaitannya dengan pasangan berkenaan.
"Dua anak pasangan itu yang dikenal pasti sebagai Geneyses Rachle Raju, 15, dan Bakter None Raju, 20, serta seorang lagi penumpang remaja lelaki, Moses Medan, 13, cedera dan telah dibawa ke Hospital Saratok," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Katanya, ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 petang, lori kargo itu menuju ke arah Sarikei sebelum bertembung dengan kereta jenis Proton Saga berkenaan, bagaimanapun pemandu dan kelindan lori kargo tidak mengalami kecederaan.
"Anggota bomba menggunakan 'rescue tool' untuk mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit di dalam kereta yang remuk itu dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Jabatan Kesihatan yang tiba di tempat kejadian, sementara tiga lagi yang cedera telah dibawa ke Hospital Saratok untuk rawatan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 26 2020

Ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 petang Isnin, sebuah lori kargo menuju ke arah Sarikei sebelum bertembung dengan kereta jenis Proton Saga. - Gambar fail
![AWANI Sarawak [27/02/2021] - Pelancaran serentak | Libatkan sembilan daerah | PRN boleh tunggu.... AWANI Sarawak [27/02/2021] - Pelancaran serentak | Libatkan sembilan daerah | PRN boleh tunggu....](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892804/18324770291614427749778_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [27/02/2021] - Pelancaran serentak | Libatkan sembilan daerah | PRN boleh tunggu....
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: 1. Program imunisasi COVID-19 di Kuching dan Sibu berjalan lancar 2. Sesi persekolahan ditangguhkan dua minggu, apa pandangan NGO guru di Sarawak 3. PRN bila-bila ajak pun boleh, nyawa sik dapat diganti dua tiga kali Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

Politik Sabah: Adun DAP setia bersama Warisan Plus
Selepas Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah tampil menjelaskan tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu bertindak keluar parti.

COVID-19: Lapan kluster baharu dikesan, 16 kluster lagi tamat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan lapan lagi kluster baharu dikesan di beberapa negeri pada Sabtu.

Vaksin COVID-19 | Stigma masyarakat di Sibu berubah
Program Imunisasi COVID-19 fasa pertama di Sibu dimulakan di Klinik Kesihatan Lanang pada Sabtu. Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu, Dr Annuar Rapaee juga antara individu terawal menerima vaksin itu di Klinik Kesihatan Lanang. Melihat pada stigma penerimaan vaksin COVID-19 bagi masyarakat di daerah itu, Dr Annuar berkata, ia positif berbanding sebelum ini. Membuktikan orang ramai sedar pentingnya vaksin itu kepada kesihatan awam.

COVID-19 | RM30 juta bagi hantar vaksin ke pedalaman
Dalam tempoh tujuh bulan Program Imunisasi ini, kerajaan beri jaminan untuk menyediakan vaksin kepada 2.2 juta penduduk, tidak kira warganegara ataupun bukan. Antara cabaran bagi vaksin ini sampai kepada penduduk adalah faktor geografi. Justeru, RM30 juta diperuntukkan bagi kos logistik untuk pastikan tiada yang tercicir.

COVID-19 Sarawak | Satu kematian dan pertambahan kluster baharu
Perkembangan COVID-19 di Sarawak. Terdapat satu kematian baharu dilaporkan di Sibu, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 81 kes. Selain itu, terdapat pertambahan satu kluster baharu iaitu Kluster Buloh di Selangau, Sibu. Angka penting lain yang harus anda ketahui juga hari ini, 255 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 9,374 kes.

Vaksin COVID-19 | Keselamatan vaksin dibuktikan kelulusan NPRA
Jangan takut untuk ambil vaksin. Seruan buat seluruh rakyat sarawak itu dilafazkan sendiri Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Bukan hanya cakap kosong, ia dibuktikan menerusi pengalamannya sendiri selepas menerima suntikan vaksin itu pada Jumaat.

PRN Sarawak | Nyawa lebih penting daripada pilihan raya - Abang Johari
Dalam sidang media itu, Abang Johari ada ditanya kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 diadakan selepas program imunisasi selesai. Ini reaksi beliau.

Keputusan kes seks luar tabii: Menteri Agama adakan perbincangan dengan Jakim
Semua pihak digesa supaya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan undang-undang Syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai satu kesalahan.

Politik Sabah : Dakwaan Adun Warisan keluar ramai-ramai satu fitnah
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parti Warisan Sabah (Warisan) di pantai timur Sabah kekal utuh bersama parti berkenaan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Woods mula sedar, beri respon
Juara gelaran utama 15 kali itu mengalami kecederaan serius dan tanda soal mengenai kariernya mula timbul.

Tiger Woods mungkin tidak dapat kembali aktif - Doktor
Kata pakar perubatan ortopedik, atlet itu mungkin tidak akan berpeluang kembali sebagai pemain golf profesional lagi selepas ini.

Tiger Woods cedera, nahas kereta di Los Angeles
Woods, 45 tahun, berseorangan dalam kereta sport utility vehicle (SUV) yang dinaikinya, dalam nahas kira-kira pukul 7.12 pagi itu.

Tengkorak, rangka manusia ditemukan di lebuh raya
Tengkorak dan rangka manusia itu ditemukan pekerja Lebuhraya Utara Selatan pada jam 1.10 petang yang sedang membersihkan longkang.

Berita tempatan pilihan sepanjang Khamis
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Iglu buatan sendiri runtuh, kanak-kanak 7 tahun maut
Difahamkan, iglu berkenaan dibina kanak-kanak itu dengan bantuan bapanya.

28 insiden maut babitkan peralatan elektrik tahun lalu
Pada tahun lalu sahaja, sebanyak 45 kes dilaporkan termasuk 28 insiden yang menyebabkan kematian.

Ahli perniagaan maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh kereta
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, mangsa Norain Jazman, 44 yang menunggang motosikal jenis BMW S1000RR disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Lebih 25 kereta terlibat kemalangan berantai di Itali, dua maut
Satu kemalangan berantai yang melibatkan sekurang-kurangnya 25 kereta menyebabkan kesesakan luar biasa di Leburaya berhampiran Turin, Itali.