awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri ditahan bantu siasatan aksi 'wheelie'

Bernama
Bernama
27/04/2023
13:29 MYT
Suami isteri ditahan bantu siasatan aksi 'wheelie'
Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang dengan aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. - Sinar Harian/Media sosial
KOTA BHARU: Sepasang suami isteri yang terlibat dalam aksi menunggang motosikal secara berbahaya Isnin lepas tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu hari ini selepas dua hari menghilangkan diri.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata masing-masing yang berusia 17 dan 16 tahun hadir ke IPD berkenaan pada 10 pagi dan kemudian ditahan Unit 42 Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang dengan aksi berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini pasangan itu diburu polis selepas video aksi 'wheelie' berdurasi 28 minit mereka tular di media sosial dipercayai berlaku di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat, di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasangan suami isteri
#aksi wheelie
#Raya
#polis
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan