awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri ditahan disyaki dera kanak-kanak lelaki

Bernama
Bernama
24/06/2023
06:41 MYT
Suami isteri ditahan disyaki dera kanak-kanak lelaki
Susulan laporan, polis telah menahan ibu dan bapa tiri mangsa yang masing-masing berusia 35 dan 37 tahun kira-kira 8 malam. -Gambar hiasan
CHERAS: Sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di sebuah rumah teres di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju Kuala Lumpur, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas penduduk setempat melaporkan mengenai kejadian tersebut petang semalam.
Beliau berkata susulan laporan itu, polis telah menahan ibu dan bapa tiri mangsa yang masing-masing berusia 35 dan 37 tahun kira-kira 8 malam.
"Pemeriksaan pada badan kanak-kanak itu menemukan kesan lebam di kaki dan pipi serta kesan rotan... Kita percaya kejadian dera ini masih baharu dalam tempoh seminggu atau dua minggu.
"Mangsa merupakan anak tunggal dan kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur," katanya pada sidang media selepas melancarkan Taman Angkat Amanita di Taman Bukit Cheras di sini hari ini.
Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan suspek lelaki itu mendakwa mangsa nakal.
Beliau berkata, hasil saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine manakala wanita yang juga ibu mangsa negatif dadah.
Mohd Shuhaily berkata, pasangan suami isteri yang bekerja sebagai penjual nasi lemak itu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak kanak 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suami isteri ditahan
#dera kanak-kanak lelaki
#Taman Seri Rampai
#penjual nasi lemak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan