awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri lagak samseng di Jambatan Pulau Pinang dihukum

Sinar Harian
Sinar Harian
09/02/2024
07:00 MYT
Suami isteri lagak samseng di Jambatan Pulau Pinang dihukum
Kedua-dua suami isteri dikenakan denda RM2,500 setiap seorang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Jumaat. - Gambar/ Sinar Harian
BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan menakutkan secara jenayah yang dilakukan kepada dua lelaki.
Muhammad Hafiz Ong Abdullah, 50, dan isterinya, Ong Ser Ying, 37, yang merupakan peniaga mi membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama telah menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Faizul Mat Zain dan Mohd Shadid Sulaiman di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang dari arah pulau ke Perai pada jam 5 petang, 5 Februari lalu.
Disebabkan itu, kedua-dua mereka yang tidak mempunyai anak didakwa melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shakila Dahari.
Nor Shakila memohon mahkamah mengenakan denda yang setimpal kerana perbuatan kedua-dua tertuduh telah membahayakan orang awam.
Dalam rayuannya, Muhammad Hafiz memohon mahkamah mengenakan denda yang rendah berikutan pendapatan bulanannya hanya RM1,500.
"Saya kerja jual mi saja, gaji RM1,500 sebulan," katanya.
Sementara Ser Ying turut memohon mahkamah mengenakan denda yang rendah terhadapnya.
Nurul Rasyidah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM2,500 terhadap setiap tertuduh dan sekiranya tertuduh gagal membayar, mereka akan dipenjara selama enam bulan.
Mengikut fakta kes, polis telah mengesan satu klip video yang tular di media sosial menunjukkan dua individu yang menaiki motosikal secara berbahaya di Jambatan Pulau Pinang.
Penunggang (Muhammad Hafiz) dan pembonceng (Ser Ying) didapati telah menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya dan agresif dengan membaling pasir, menendang motosikal yang memotong serta melibas menggunakan tali hitam.
Polis kemudiannya menahan kedua-dua tertuduh pada jam 12.39 tengah hari, 6 Februari lalu di sebuah pasar raya di George Town. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jambatan Pulau Pinang
#samseng
#suami isteri
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan