LENGGONG: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka merempuh sebuah kereta yang dikatakan keluar dari simpang secara mengejut di Kilometer 32.3 Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu, dekat sini, pada Isnin.
Penunggang motosikal berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya yang berusia 44 tahun, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lenggong.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu kira-kira jam 6.15 petang.
Menurutnya, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis KYM yang ditunggang oleh mangsa bersama isterinya dari arah Gerik menghala ke Kuala Kangsar.
“Apabila sampai di tempat kejadian secara tiba-tiba kereta jenis Proton Iswara yang dipandu oleh lelaki berusia 47 tahun telah keluar dari arah Petronas Lenggong dan menyeberangi jalan ke arah jalan lama Kota Tampan-Lenggong.
“Kejadian berlaku apabila kereta tersebut telah keluar secara mengejut dari simpang Petronas.
“Oleh kerana jarak terlalu dekat, motosikal yang berada di laluan sah tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi belakang sebelah kiri kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Mohd Yusri berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lenggong.
Menurutnya, kemalangan turut menyebabkan penumpang kereta, seorang remaja berusia 14 tahun patah betis kiri dan bahu kanan.
Pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.
Ekoran kejadian itu, polis menahan pemandu kereta untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mohd Yusri memberitahu, bedah siasat mayat kedua-dua mangsa akan dijalankan di rumah mayat Hospital Gerik selepas mendapat keputusan ujian COVID-19.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Oct 24 2022

Penunggang motosikal berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya yang berusia 44 tahun, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Lenggong. - Foto ihsan pembaca

AWANI Ringkas: Inisiatif Payung Rahmah seimbangkan kuasa beli
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sultan Terengganu mahu masjid perbanyak aktiviti tadarus al-Quran
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya semua masjid di negeri ini memperbanyakkan aktiviti tadarus al-Quran secara beramai-ramai, sepanjang bulan Ramadan.
![AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015338/7699752941679576774925_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqmna Hariz Tumpuan #AWANI745 malam ini: Hari pertama puasa, apa cerita Bazar Ramadan? Tidak kira siapa terlibat, hapuskan amalan rasuah, titah Sultan Johor Lebuh raya Plus tungu masa laksana pembayaran terbuka Selepas hukuman mati mandatori, penjara seumur hidup pula dimansuhkan #AWANInews

Dua maut, lima cedera dalam kemalangan libatkan dua kenderaan
Dua wanita maut manakala lima cedera dan seorang kanak-kanak terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kota Tinggi.

AWANI Ringkas: Penjara hingga 40 tahun, sebatan ganti penjara seumur hidup
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dialog Poket Rakyat: Poket raya, jangan sampai 'kering'
Impak tekanan kos sara hidup mengurangkan ‘keseronokan’ pengguna berbelanja? Inisiatif Rahmah, pengguna dan peniaga puas hati? Inisiatif Rahmah, sampai bila boleh bertahan? Dialog Poket Rakyat, Khamis 8.30 malam

Hari pertama bazar Ramadan meriah walaupun renyai
Setiap kali tibanya Ramadan antara yang menjadi tumpuan ialah bazar Ramadan, kerana pelbagai jenis juadah berbuka puasa daripada tradisional hinggalah moden boleh didapati dan dibeli.

48,000 wanita terima manfaat subsidi saringan kanser serviks, payudara
Seramai 48,000 wanita berisiko tinggi dijangka menerima manfaat daripada subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks yang diberikan KPWKM.

Zakir Naik dilapor ditahan di Oman, dihantar pulang ke India
Agensi-agensi risikan India bekerjasama dengan pihak berkuasa Oman untuk menahan Zakir ketika lawatannya ke Oman pada Khamis.

Bazar Ramadan di Sabah, Sarawak kembali meriah
Bazar Ramadan yang diadakan saban tahun sentiasa menjadi tumpuan rakyat Malaysia bagi mendapatkan juadah berbuka puasa dan kemeriahannya kembali dirasai termasuk di Sabah dan Sarawak, hari ini.

Suami isteri maut kereta terbabas dalam perjalanan ke pusat mengundi
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kemalangan melibatkan Perodua Alza dan pacuan empat roda Toyota Hilux itu berlaku pada 12.08 tengah hari.

Suami isteri maut kemalangan motosikal, kereta di Lenggong
Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka merempuh sebuah kereta yang dikatakan keluar dari simpang secara mengejut.