awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri maut, van dipandu menantu terbabas langgar tembok

Sinar Harian
Sinar Harian
24/08/2024
08:16 MYT
Suami isteri maut, van dipandu menantu terbabas langgar tembok
Suami isteri warga emas maut di tempat kejadian selepas van dinaiki terbabas dan melanggar tembok batu di Jalan Kuala Kangsar pada Jumaat.
IPOH: Suami isteri warga emas maut selepas van dinaiki terbabas dan melanggar tembok batu di Jalan Kuala Kangsar berhampiran sebuah syarikat jual beli kenderaan di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 10.46 malam itu, Amiruddin Abdullah, 75, dan isteri, Teh Jamaliah Mat Ali, 72, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Kejadian dipercayai berlaku semasa pasangan berkenaan bersama menantu dan anak perempuan pulang selepas menikmati makan malam.
Siasatan awal mendapati van jenis Proton Juara yang dipandu dari arah Tasek menghala ke Pekan Ipoh itu telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok batu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, menantu mangsa berusia 52 tahun yang memandu van mengalami cedera di bahagian kaki.
Menurutnya, anak perempuan pasangan itu berusia 49 tahun dan bekerja sebagai ejen insurans pula cedera di bahagian paha kanan, tangan kiri dan luka dahi serta kening.
"Siasatan awal mendapati van jenis Proton Juara yang dipandu dari arah Tasek menghala ke Pekan Ipoh itu telah hilang kawalan semasa melalui tempat kejadian.
"Keadaan itu menyebabkan kenderaan terbabit terbabas dan melanggar tembok di kiri jalan," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, mangsa yang maut telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.
Katanya, dalam kejadian itu, kenderaan terbabit mengalami kerosakan remuk bahagian hadapan dan tepi kanan.
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Saksi kejadian yang ditemui memaklumkan telah melihat tiga daripada mangsa tercampak keluar dari kenderaan dinaiki.
Pengawal keselamatan, S Terryshaan, 32, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang melakukan tugas ronda di pusat jualan kereta sebelum terdengar bunyi dentuman kuat dari arah jalan.
"Saya lihat pak cik cedera di bahagian penumpang hadapan manakala tiga yang lain berada di luar kereta.
"Semasa saya dan rakan bantu pak cik dan mak cik, mereka masih bernafas namun hanya diam sahaja. Saya cuba panggil tetapi tiada tindak balas," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas maut
#van dinaiki terbabas dan melanggar tembok
#Jalan Kuala Kangsar
#Proton Juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan