Sepasang suami isteri yang juga bapa kandung dan ibu tiri didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh, di sini sejak pertengahan tahun lepas.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang berusia 36 dan 38 tahun itu mengaku tidak bersalah atas dakwaan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil dan bahasa Melayu di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.
Mengikut pertuduhan, T. Lohkanayagi, 38, sebagai orang yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak itu didakwa menganiaya dan mengabaikan anak tirinya itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Surirumah itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di No 28, tingkat 7, Ampang Jajar, Permatang Pauh di antara pertengahan 2019 hingga 9 Februari 2020 pada pukul 12.15 tengah hari.
Sementara itu, bapa kandung mangsa, P.Chadrasegaran, 36, yang juga seorang mekanik pula didakwa telah mengabaikan, mendedahkan dan membiarkan anak kandungnya didera sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi pada tarikh, tempat dan masa yang sama.
Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mendera.
Sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya J. G. Kaameni manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili.
BACA: Bapa dan ibu tiri kanak-kanak mangsa dera sampai lebam di mata direman
Terdahulu semasa prosiding, Kaameni tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh.
Bagaimanapun , surirumah berkenaan, merayu kepada mahkamah agar diberikan jaminan dengan alasan masih mempunyai tujuh anak yang memerlukan jagaannya selain seorang yang masih kecil dan sakit.
Hakim kemudiannya membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.
Mahkamah menetapkan 17 Mac depan untuk sebutan semula kes.
Pada Ahad, kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemui dalam keadaan cedera teruk di bahagian mata dan muka dipercayai didera ibu tirinya.
Kanak-Kanak itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pertubuhan Malaysian Tamilar Kural selepas menerima laporan daripada penduduk di perumahan berkenaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Feb 14 2020
T. Lohkanayagi (kanan) dan P.Chadrasegaran masing-masing ibu tiri dan bapa kandung mangsa kanak-kanak yang didera didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
Suami isteri mengaku tidak bersalah dera anak
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sejak pertengahan tahun lepas.