MALAYSIA
Suami isteri mengaku tidak bersalah terima bayaran urusan haji tanpa lesen sah

Mhd Lihan (kiri) dan Nor Nisrin hadir ke Mahkamah Sesyen Seremban dengan memakai kaca mata hitam dan pelitup muka. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima bayaran bagi urusan haji tanpa lesen pengelola haji yang sah daripada seorang individu.
Ringkasan AI
- Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas tuduhan menerima bayaran RM81,000 untuk urusan haji tanpa lesen sah antara 4 hingga 7 April di Mantin.
- Pertuduhan dibuat di bawah Akta Tabung Haji 1955 dan Kanun Keseksaan, dengan hukuman maksimum lima tahun penjara atau denda sehingga RM500,000 jika sabit kesalahan.
- Mahkamah menetapkan jaminan RM12,000 setiap tertuduh dengan syarat tambahan; sebutan semula kes dijadualkan pada 11 Ogos untuk serahan dokumen.
Pertuduhan mengikut Seksyen 27(1)(a) Akta Tabung Haji 1955 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 27(2)(a) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Bagi kesalahan pertama boleh didenda tidak kurang RM100,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua boleh didenda tidak kurang RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Syamimi Farhana Muhammad A Aziz mencadangkan jaminan RM20,000 dikenakan terhadap setiap tertuduh dengan seorang penjamin tempatan berserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Peguam Mohd Razak Sharif yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jumlah jaminan yang rendah atas alasan anak guamnya merupakan pekebun sawit dengan pendapatan RM2,500 hingga RM3,000 sebulan manakala isteri tidak bekerja serta perlu menanggung tiga anak.
Mahkamah kemudian menawarkan jaminan RM12,000 setiap tertuduh dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di balai polis Yong Peng setiap bulan serta tidak menganggu mangsa sehingga kes selesai.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 11 Ogos untuk serahan dokumen.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami