awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami isteri mengaku tidak bersalah terima wang aktiviti haram RM3.7 juta

Bernama
Bernama
05/12/2024
09:46 MYT
Suami isteri mengaku tidak bersalah terima wang aktiviti haram RM3.7 juta
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas 14 pertuduhan menerima wang daripada aktiviti haram berjumlah RM3.7 juta. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 14 pertuduhan menerima wang daripada aktiviti haram berjumlah RM3.7 juta.
Cheong Yin Ying, 39, dan James Ooi Joe Behn, 41, yang juga pemilik perniagaan dan pengarah beberapa syarikat farmasi, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Cheong didakwa menerima hasil menerusi aktiviti haram daripada akaun bank seorang lelaki dan akaun bank dua syarikat ke akaun miliknya keseluruhan berjumlah RM3,225,484 di Jalan Perindustrian Mantin 2, Kawasan Perindustrian Mantin sejak Januari 2021 hingga Mei 2023.
Ooi pula didakwa menerima hasil menerusi aktiviti haram daripada akaun bank milik lelaki itu dan akaun bank syarikat sama ke akaun miliknya dengan keseluruhan bernilai RM530,060 di lokasi sama dari Disember 2022 hingga Mac 2023.
Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, dibaca bersama Seksyen 87(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Afendi menawarkan jaminan RM50,000 bagi setiap pertuduhan, namun peguam Amirul Fairuzzeen Jamaluddin yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon mahkamah menetapkan jaminan RM30,000 bagi setiap tertuduh, atas alasan anak guamnya tidak bekerja sejak serbuan pada Disember 2023, selain akaun bank mereka turut dibekukan.
Hakim Mohamad Kamil Nizam kemudiannya membenarkan Cheong dan Ooi diikat jamin masing-masing RM60,000 dan RM40,000 dengan seorang penjamin, beserta syarat tambahan melapor diri ke balai polis setiap bulan, tidak menganggu saksi serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Jan 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sepasang suami isteri
#menerima wang daripada aktiviti haram
#pengubahan wang haram
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan